Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Powered by Blogger

Monday, February 16, 2009

Daurah Umum UiTM '09

Daurah yang bertemakan "Membina Ukhuwwah, Menjana Langkah" ini diadakan pada 8 & 9 Februari 2009 bertempat di Masjid 'Ubudiyyah, Seksyen 19, Shah Alam. Seramai 40 peserta menyertai daurah ini yang terdiri dari 15 ikhwah dan 25 akhawat.

Biarkan gambar bercerita...


Ucapan alu-aluan oleh Pengarah Program, Akh Hafizuddin.




Ta'aruf & Ice-Breaking bagi mengeratkan ukhuwah AJK & Peserta.



Slot 1 bertajuk 'Perancangan Kehidupan Dunia & Akhirat' disampaikan oleh En. Hasnol Basri bin Hassan. Beliau membahagikan kehidupan kepada lapan bahagian dalam bentuk oktagon (lapan segi) di mana setiap segi mempunyai ciri tertentu iaitu SERIWAJA. S (Sosial) E (Emosi) R (Rohani) I (Intelektual) W (Wang) A (Alam) J (Jasmani) A (Akhirat) yang mana setiap satu perlu dirancang matlamatnya setiap tahun, 5 tahun, 20 tahun dan seterusnya. Setiap segi diimbas semula setiap tahun yang mana telah tercapai, yang mana belum capai matlamatnya supaya boleh dibaiki dalam perancangan tahun hadapan.



Slot 2 bertajuk 'Effective Time Management' disampaikan oleh En. Awang Armadajaya membincangkan bahawa kita perlu merancang apa yang perlu dibuat sepanjang masa. Tanpa perancangan, kita tidak akan tahu apa yang perlu dibuat dan mengisi masa tersebut dengan perkara-perkara yang kurang penting. Muslim yang cemerlang adalah yang menepati masa kerana bersegera mengerjakan solat fardhu berjamaah apabila masuknya waktu solat.



Sebelah petang pula, urusetia sediakan slot Ukhuwwah Games untuk merapatkan lagi ukhwah sambil bersukan: Baling selipar dan kaki belon.



Pada sebelah malam, Slot 3 bertajuk 'Hakikat Beriman Kepada Allah Dan Rasul' disampaikan oleh En. Mohd Zainuddin Mohd Esin. Beliau menggunakan pendekatan bersahaja sambil memberi contoh mudah serta aplikasi keimanan dalam konteks semasa. Sambil menghuraikan kaitan kalimah syahadah dengan hakikat keimanan, beliau mendedahkan hakikat mukmin sebenar berdasarkan hadith Nabi s.a.w. iaitu: Kezuhudan jiwa, qiyamullail, berpuasa sunat, seolah-olah melihat ‘Arasy Allah, saling ziarah dan seolah-olah melihat ahli neraka berteriakan (di dunia). Cenderamata disampaikan oleh Akh Aminuddin.



Lepas solat Subuh pagi Isnin tu, semua peserta & AJK ke padang untuk senaman pagi.
Para mujahid & mujahidah bersedia ke medan 'perang' sedangkan manusia lain sedang nyenyak tidur pada hari cuti.



Slot 4 bertajuk 'Membina Insan Cemerlang' disampaikan oleh En. Roslan Mohamad. Elemen-elemen penting manusia iaitu jasad, roh dan akal dihuraikan satu persatu fungsinya dan kaitannya dengan iman dan ketauhidan kepada Allah s.w.t. bagi mencetuskan rasa tahu, mampu dan mahu berperanan sebagai insan yang cemerlang serta mencapai redha Allah s.w.t. di dunia dan akhirat. Jasad, roh dan akal perlu seimbang supaya manusia dapat membuat pertimbangan yang betul dalam membezakan kebaikan dan keburukan berdasarkan pertimbangan Al-Qur'an dan As-Sunnah.



Slot 5 bertajuk 'Fikrah Islam Dominan di Alam Kampus' disampaikan oleh Sdri. Khadijah binti Azman dari Karisma Nasional. Beliau mengupas peranan-peranan mahasiswa dalam menyebarkan dakwah di alam kampus supaya fikrah Islam mendominasi pandangan mahasiswa dalam pelbagai sudut.



Tengaharinya, latihan dalam kumpulan bagi membincangkan resolusi dan manfaat dalam setiap slot yang telah diadakan. Setiap kumpulan membentangkan resolusi masing-masing sebelum menutup tirai Daurah Umum UiTM '09... Jumpa lagi!!!


Wan Abdul Malek Wan Sulaiman
Setiausaha
Daurah Umum UiTM '09