Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Powered by Blogger

Thursday, April 16, 2009

Program Bowling Ikhwah

Assalamu'alaikum

Khamis 16 April 2009
715 malam

Ikhwah telah berjaya menjalankan program ukhuwwah dengan jayanya. Bermula dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai di rumah ihwah di seksyen 10. Makanan sedap-sedap. Semuanya dimasak oleh makcik di kedai seksyen 6.

Setelah solat maghrib berjemaah, majlis bersambung dengan sedikit perkongsian pengalaman bekerja oleh akh Naim Jusri.

Kemudian solat isya' berjemaah di surau, dan bersiap ke medan jihad. silap. medan bowling di Plaza Alam Sentral. Ikhwah seramai 13 orang terdiri dari pelbagai kumpulan usrah datang untuk bertanding siapakah juara tenpin bowling.




Lebih kurang 1 jam lebih kami berentap, akhirnya pemenang ditentukan. Iaitu tetamu jemputan dari KNL, akh Khairul Fadhli(baru balik keje terus kene paksa main,menang plak tu). Tidak kurang hebat juga akh Hapizan(seorang lagi tetamu jemputan), berjaya memberi saingan kepada pemain lain.



Apa yang dapat kami simpulkan disini, ukhuwwah antara ikhwah-ikhwah sedikit sebanyak terikat dengan senyum dan gelak tawa yang mana merupakan antara pengalaman yang tak akan dapat dilupakan. Kami dapat berkenalan dengan bakal-bakal penerus tarbiyah di UiTM insya Allah.

Akhir kata, siapa nak tahu nikmatnya bermain bowling, kene rasa sendiri. Lain rasanya apabila main ramai-ramai,dengan ikhwah-ikhwah yang supporting dan menarik.


enjoy the pictures.

wassalam


muka-muka yang hampir juara.



duk fikir cane nak dapat strike



tunggu turn



reaksi tengok bola masuk longkang


gaya profesional