Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Powered by Blogger

Thursday, December 25, 2008

Kem Mahasiswa Perkasa

Assalamualaikum,


Alhamdulillah pada minggu lepas k-uitm telah selamat menjayakan sebuah program iaitu Kem Mahasiswa Perkasa(KMP).
KMP diadakan pada 19-21 November 2008 merupakan program penutup k-uitm bagi semester ini juga pada tahun ini.
Bertempat di Kem Belia Bukit Lagong, Selayang, Selangor. Dengan kapasiti seramai 40 orang termasuk urusetia, program ini telah berjalan dengan lancar walaupun menghadapai berbagai rintangan.
Walaupun diberi nama KMP, program ini sebenarnya adalah salah satu bentuk penyampaian ISK yang melibatkan outdoor activities.
(sebenarnya UiTM baru je habis tempoh exam iaitu pada 18 november,19 november da gerak.so, bole nampak la di muka2 urusetia dan peserta kelegaan dr exam.sume nk enjoy je.)


19 November 2008
Peserta berkumpul di fakulti kejuruteraan awam sebelum menaiki bas jam 930 pagi.
Perjalanan dari Shah Alam ke Selayang tidaklah jauh sangat, tapi kami mengambil keputusan untuk berhenti di RnR Sg.Buloh bagi mejalankan satu task yang menarik(kt sini program da stat secara tak rasmi). Peserta dan juga fasi diminta untuk memakai tag besar yang bertulis "I'm Proud to be a Muslim"(da la sempoi je, nampak mcm pakai tag "saya xbuat kerja rumah" waktu sekolah dulu)
. Disitu peserta diminta untuk mengedarkan risalah Qurban JIM dan juga beberapa artikel dakwah lain. Selain itu, peserta diminta mendapatkan nombor contact orang yang didakwahkan(Nampak la disitu, ikhwah malu2 je nk jumpe orang, akhawat main redah je. Makcik Cleaner pn xketinggalan turut didakwahkan.hebat!). Selama setengah jam task tersebut berjalan. Kemudian kami meneruskan perjalan ke Kem tersebut. Da sampai disitu, kami agak terkejut kerana melihat ramai peserta kem selain kami dari uitm . Selepas itu baru kami tahu, mereka ialah peserta LAKIUM 08 dari UM. Sejak itu kami dah mengagak akan timbul masalah dari segi kelancaran program(agak je). Kami tiba dalam jam 11 pagi, kemudian disusuli taklimat dari pihak kem dan juga pengarah program. Selepas Zohor, peserta terus dihidangkan dengan pembentangan ISK, kami agak terkejar2 kerana sudah lari dari perancangan. Sebelum itu kami menghadapi masalah ketiadaan sumber elektrik di surau(kami kene guna surau sbb UM da guna dewan, da la xde power supply), kehadiran hujan juga menambah sedikit kesukaran bagi kami untuk bergerak di sekitar kem mencari tempat . Akhirnya, power supply di surau dapat dihidupkan dan pembentangan ISK dijalankan dengan lancar. Alhamdulillah. ISK berhenti sebentar untuk solat Asar dan Maghrib. Kuliah Maghrib disampaikan oleh akh Halim. Penyampaian beliau agak menyentuh hati kerana berkait soal niat. ISK berlarutan hingga ke malam. Asalnya peserta kena pasang khemah, tapi sebab tiada masa, maka urusetialah yang memasangkan untuk mereka. Masalah khemah satu hal pula, khemah x mencukupi kerana ade beberapa khemah yang tidak lengkap peralatannya. Maka, para fasi nak x nak kena tidur di dewan makan(ya, tempat orang makan2, tp nyenyak gak tido situ). ISK tamat sekitar jam 11 lebih malam dan di ikuti dengan tadabbur surah Al-Mulk sebelum peserta masuk tidur.

20 November 2008

Peserta bangun seawal jam 5 pagi untuk melakukan qiamullail secara fardhi. Kemudian diikuti dengan solat Subuh dan juga tazkirah Subuh oleh akh Malek, merangkap pengarah program. Slot pagi tersebut dipenuhi dengan slot ISK lagi sambungan dari semalam, hinggalah ke Zohor barulah slot ISK selamat disampaikan. Selepas Zohor, bermulalah episod pengembaraan yang menarik. Pada sesi kali ini, tiada lagi ceramah ataupn teori, hanyalah praktikal semata-mata(outdoor activities). Peserta akan ‘bermain’ di check point yang mana telah di susun mengikut kronologi pembinaan dan kejatuhan tamadun Islam. Nak djadikan cerita, semasa tengah2 aktiviti itu, hujan turun mencurah2 menambah lagi kemeriahan aktiviti luar serta seronok bermain hujan. Kelihatan peserta menggigil2(ye la, 2 jam dok dalam hujan). Tambah seronok lagi, tengah2 hujan tu ada yang naik flying fox(lagilah sejuk) yang mana merupakan task terakhir peserta. Walaubagaimana pun masa mencemburui keseronokan kami, peserta terakhir turun flying fox sekitar selepas maghrib(agak lewat kerana beberapa faktor). Slot malam selepas Isya’ ialah slot Ayat2 Cinta(Tafsir Al-Quran) yang disampaikan oleh akh Auzan, penceramah khas dari UIA Gombak. Kelihatan Auzan begitu bersemangat membawa slot, tetapi peserta yang keletihan akibat aktiviti luar tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Auzan. Walaupun begitu nampak kesungguhan pada peserta untuk terus bersama akh Auzan sepanjang slot. setelah tamat slot, seperti biasa ada tadabbur Al-Mulk sebelum peserta masuk tidur.

21 November 2008

Seperti biasa, qiamullail pada jam 4.30 pagi, tapi kali ini berjemaah, di imami oleh akh Malek. Seterusnya solat Subuh kemudian tazkirah Subuh oleh ukt Farrah(akhawat bagi tazkirah ni). Kemudiannya, sesi panaskan badan sebelum sarapan dan khidmat diri. Slot pada pagi ini ialah mengenai pengenalan KARISMA dan juga FIDAK 2015 kepada peserta. Alhamdulillah peserta dapat menerima dengan baik dan juga respon mereka amat memberangsangkan. Setelah tamat sesi resolusi dan penutup, seterusnya sesi bergambar pula(ni paling best). Kemudian kami berkemas untuk pulang dimana kami terpaksa bergegas kerana nak kejar solat Jumaat. Kami bertolak jam12.15 tengahari. Sampai di masjid Negeri Shah Alam jam 1.10 petang(khatib da baca khutbah. Driver bas xnak berhenti dulu). Alhamdulillah. Segala-galanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah.

Tarima Kasih yang tidak terhingga kepada


Pakcik Roslan & Makcik Aminah (walaupun xsempat datang)

pihak kem

penaja2 kami
semua ikhwah & akhawat yang terlibat


Atas pertolongan dan sumbangan yang dihulurkan.


KMP merupakan program pertama k-UiTM dalam mengendalikan ISK dan juga outdoor.


wassalam.



-zack-
K-UiTM Shah Alam

Friday, December 12, 2008

Sorotan sehari berjaulah……

Sabtu - 6 Disember 2008 / 8 Zulhijjah 1429

Awal2 pagi lagi kelihatan beberapa kelibat bergerak melepasi pintu gerbang SAMTTAJ. Matlamat utama adalah untuk melihat suasana sebenar kawasan penginapan peserta PKN yang akan datang. Dari 1 dorm ke 1 dorm, aspura aspuri, keluar masuk toilet, jenguk2 surau, intai2 dewan makan…ok, best! Alhamdulillah, satu perkara dah settle.:) Snap sana , snap sini….Flash2 camera pun bekerdipan disekitar kawasan sekolah pada waktu pagi yang dah dikira tak berapa pagi tu; 10.30am..

Selepas itu, kelibat2 tadi tu pun terus bergegas ke jalan limau manis di sec.4, berkumpul untuk ke majlis walimah akh Usayd. Sementara tu tertarik melihat telatah pakcik Lan & makcik Min melayan kerenah puteri tunggal mereka untuk bersiap. Betulkan tudung, brooch kena matching dengan color tudung, fesyen tudung lilit2 ala2 Wardina, pin kiri dan kanan, stokin jangan lupe… Hehe..kelakar2… Terdengar pakcik bersuara, `women are more complicated than men'… Is it ryte?? No komen………/:)


Lebih kurang pukul 12tgh, sebuah lagi kereta ikhwah tiba, tengok2 alamat dan dengan cofident nya konvoi pun berlepas menuju destinasi; Surau at-Taqwa Bdr Baru Bangi.. Awal-awalnya terpusing-pusing dan tersesat-sesat juga la. Tapi ada pengajaran besar yang kami dapat di sebalik `kesesatan' itu. Pakcik kata, macam ni la hidup kita kat dunia. Walaupun kita dah ada alamat yang ingin dituju di tangan, tapi kita pun boleh sesat juga lagi. Kenapa? Sebab kita x tau macam mana jalan sebenar nak menuju alamat tersebut. Macam tu juga perjalanan hidup manusia. Allah dah beri alamat yang betul dah ke mana kita harus tuju selepas hidup ni. Insyalah semua tentunya nak ke syurga. Tapi tak semua orang tau macam mana jalan yang betul nak menuju ke syurga tu. Ramai juga yang terbabas, tersesat, terjunam, dalam perjalanan menuju jannah Ilahi. Alamat lengkap dah ada; syurga. Direction perjalanan pun dah ada; rukun Islam, rukun Iman, Quran, hadith. Tinggal usaha kita aje lagi yang diperlukan untuk berusaha untuk mencari destinasi dalam alamat tersebut. Cari…cari…jangan x cari.. Explore habis-habisan… sebabnya kita akan menjadi manusia yang paling rugi jika terlepas peluang ini…!

Alhamdulillah, usai solat Zohor, dengan tak semena-mena konvoi dari Petaling bergabung dengan konvoi pengantin lelaki. Kami disambut meriah oleh keluarga pihak perempuan. Paluan kompang dan alunan selawat menyambut ketibaan rombongan pengantin lelaki. Akh Usayd & pasangan ceria sedondon dalam persalinan color gold. Rezeki kami agak murah hari ini, dapat makan 1 khemah dengan pengantin. Kiranya macam dapat meja VIP la ni..hehe.. alhmdlh..:D

Sesi makan2, bertanya khabar, borak2, bertukar2 pandangan, berbalas2 salam, & sesi wajib ;sesi fotografi dengan pengantin…;)

Masa bergerak keluar dari rumah pengantin jam dah menunjukkan pukul 3.30ptg. Pakcik kata nampak gayanya memang tak sempat la nak pergi majlis walimah ukht nik aisyah & pasangan. Sampai kat seksyen 4 aje dah pukul 4.15ptg. Selepas hantar pakcik, Naza BHA 678 yang membawa hati2 yang penuh tawakkal (berharap agar majlis ukht nik aisyah belum berakhir lagi) pun meluncur laju menuju ke Sec 7 untuk menerjah Dewan Melur di mana majlis berlangsung. Sampai2 aje, memang dah tak ramai orang. Waitress2 yang kat situ pun dah siap2 nak kemas2. Perut pun memang dah sedia penuh dari rumah akh Usayd tadi, jadi kami sekadar menjamah pemanis mulut saja di sini. Selepas sesi beramah mesra dengan family pengantin (siap tanya dari caterer & mak pengantin lagi dari mana mereka dapat alas meja & sketting meja makan – untuk PKN – semangat PKN tu..hehe..) & sesi fotografi, kami pun menuju destinasi seterusnya ke Klang. Then, makcik ajak minum petang kat rumah makcik. Kira jaulah juga la ni. Goreng keropok, minum air & makcik pun buka isu semasa (topik panas..! ermm...). Tak sedar hari dah nak dekat Maghrib. Kami pun minta diri untuk beransur & tertutuplah sudah tirai 1 hari yang penuh nikmat ini...Syukur alhamdulillah atas kemanisan ukhwah yang Kau titipkan dalam hati hamba2 Mu yang kerdil ini. Moga ia nya kan berkekalan sebagai peneguh pancang kaki kami di jalan yang meletihkan ini. Ameen...

  • 3 pasangan yang diraikan pada hari ini;

-Akh Usayd & pasangan

-Ukht Nik Aisyah & pasangan

- Pakcik Roslan Mohammad & pasangan (jujur cakap ni, betul2 nampak mcm pengantin baru..kalau x caye boleh tengok gambar sbg bahan bukti..:D)