Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Powered by Blogger

Tuesday, July 28, 2009

Daurah Murobbi


KARISMA Daerah Petaling (KDP) dgn JIM IPT Petaling kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk(MPP) zon 3 telah menganjurkan program Daurah Murobbi yang bertujuan untuk
membekalkan kefahaman kepada para nuqaba’ dan co nuqaba’ mengenai pengurusan halaqah yang berkesan agar mampu memimpin anak usrah dan menguruskan aktivisme mereka di semua peringkat. Berikut adalah maklumat ttg program

Tarikh : 25-26 Julai 2009
Tempat : Dewan MPP zon 3 dan Surau at-Taqwa Sek 7

Alhamdulillah sejak kebelakangan ini program mudah dijalankan dan byk mendpt kerjasama pihak MPP dari sudut kemudahan tempat. Program dimulakan pada hari sabtu pagi dgn ucapan alu-aluan daripada JIM IPT petaling kemudian dirasmikan oleh Datin Noraini Md Top selaku Pengerusi MPP zon 3. Program yang menumpukan kpd aspek nuqaba' ini dibahagikan kepada beberapa slot antaranya adalah Profil Murobbi, Profil Halaqah, Pengisian Ruhi: Tafsir Surah Luqman, Kajian Kes:Usrah Praktikal, Penerangan Modul JIM dan juga Penerangan borang MNKD.


slot 1: Profil Murobbi

slot 2: Profil Halaqah

Slot yang dikendalikan ini lebih memfokuskan kepada metodologi pengurusan halaqah yang betul dan berkesan seperti cara-cara merancang,mengurus,melaksana,mengawal dan maklumbalas halaqah itu sendiri.Disamping itu,slot ini juga menekankan kefahaman tentang konsep halaqah yang jelas agar para nuqaba’ faham sedalam-dalamnya objektif halaqah itu diadakan.Slot ini juga banyak membincangkan peranan murobbi sebagai perantara dakwah Islamiyah dan halatuju dakwah pada masa hadapan.

Slot in mampu menarik minat peserta dengan gaya bahasa penceramah yang santai dan penyampaian yang berkesan dengan meyelitkan beberapa klip video.Antaranya,klip video yang berkisarkan kehidupan kambing dan serigala yang mana ditamsilkan sebagai kehidupan para da’ie itu sendiri.Ramai peserta yang melihat video itu menganologikan kambing sebagai para da’ie manakala serigala adalah halangan dan dugaan yang harus dilalui oleh para da’ie.Namun,dari sudut pandangan yang lain,kambing diibaratkan sebagai mad’u-mad’u yang perlu dikejar oleh serigala dengan kepantasan dan metod yang berbeza.Slot ini banyak membawa para peserta untuk berfikir dengan lebih mendalam akan hakikat murobbi dan mutarobbi dan proses tarbiyah itu sendiri.


slot 3: Pengisian Ruhi-Tafsir surah Luqman

Seusai solat Isya’, semua peserta berkumpul di ruang program untuk mendengar kupasan 8 ayat dari surah Luqman yang di sampaikan oleh Pakcik Roslan. Pengisian dimulakan dgn menerangkan sifat seperti ayah dan ibu yang perlu ada dlm diri murobbi. Tapi bukanlah sekadar panggilan ayah atau ibu tetapi dengan tanggungjawab dan amanah yg dipikul. Dalam melaksanakan tanggungjawab , 4 sikap penting perlu diberi penekanan iaitu ikhlas, mengambil berat, bertanggungjawab dan senantiasa mendoakan.Kemudian persoalan bagaimana nak bina peribadi2 muslim ditimbulkan oleh penceramah. Kaedahnya adalah pupuk jiwa agama dalam diri mutarobbi dengan menanamkan sifat syukur kepada Allah SWT.Selepas rasa syukur, tanamkan aqidah yang sahih iaitu pokok pertama dalam 10 muwasaffat tarbiyyah kemudian diikuti dengan taat kepada ibu bapa selagi tidak disuruh menyekutukan Allah. Seterusnya, dengan memahamkan konsep Al- jaza’ iaitu pembalasan.Konsep pembalasan ini perlu kerana dengan adanya kesedaran terhadap nya , diri kita akan termotivasi untuk terus melaksanakan. Ini semua tercerna daripada rasa yakin yang terlalu mendalam terhadap balasan Allah di akhirat nanti.Akhir sekali, penceramah menerangkan sikap tawajjuh kepada Allah. Di mana, Luqman sendiri menasihatkan anaknya supaya melaksanakan solat. Solat yang dilaksanakan akan menganjurkan kita untuk berbuat ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran


Slot 4: Kajian Kes-usrah Praktikal

Aktiviti ini telah dijalankan berasingan antara ikhwah dan akhawat. Setiap peserta ikhwah dibahagikan kepada 3 kumpulan dan dikehendaki melakonkan watak seorang naqib, seorang co-naqib, serta 3 orang mad’u yang bermasalah (suka tidur, suka termenung, pendiam, suka bersembang, suka bertanya soalan). Setiap kumpulan dikehendaki membuat satu simulasi usrah yang bermasalah serta membentangkan penyelesaian untuk menangani masalah tersebut. Akh Dhany memberikan komen pada setiap kumpulan dan kesimpulan daripada program ini. Rumusan yang kami dapat simpulkan, setiap murabbi akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia, maka untuk menjadikan usrah mereka usrah yang cemerlang, murabbi perlu bersedia fizikal dan mental serta ilmu sebelum, semasa dan selepas usrah terutama ilmu berkaitan hubungan interpersonal. Akh Dhany turut berkongsi pengalaman dan nasihat untuk menjadi murabbi cemerlang.



Slot 5: Penerangan Modul JIM dan Borang MNKD

Daurah Pembangunan Nuqaba pada 26 Julai berakhir dengan slot penerangan modul JIM dan penerangan mengenai Majlis Nuqaba KARISMA Daerah ataupun MNKD..Wakil TPSM yang hadir sebagai penceramah pada petang itu ialah Akh Dhany, Ukhti Nazihah dan Ukhti Asma’..kami diajar bagaimana mengisi borang2 tu dengan baik, dan perancangan program2 IPT ataupun daerah berpandukan modul tersebut. Selain tu juga kami diberi penekanan tentang kepentingan MNKD sebagai medan perbincangan Nuqaba mngenai anak usrah secra terperinci, masalah yang dihadapi oleh nuqaba dan membantu untuk mencari jalan penyelesaian, selain itu juga cara-cara perlaksanaan MNKD, bagaimana proses MNKD berlangsung dan sebainya..slot ini beakhir dengan sesi soal jawab.