Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Powered by Blogger

Friday, May 1, 2009

REHLAH Akhawat UiTM

Assalamualaikum..
Salam buat sahabat-sahabatku sekalian..
Melihat kepada laporan ikhwah berkenaan program Ukhuwwah Ikhwah yang lalu, membuatkan ana tergerak untuk juga membuat laporan tentang program Ukhuwah Akhawat pada 5 April 2009 yang lalu.. belum terlambat rasanya untuk ana membuat perkongsian ini memandangkan kelewatan laporan tersebut berpunca daripada masalah teknikal yang disebabkan oleh ana sendiri.. maka di sini ana ingin berkongsi episod sebuah perjalanan dalam mengikat satu pertalian yang dinamakan….UKHUWWAH

5 April 2009

Pagi itu masing-masing sibuk dengan persiapan untuk program. Mengangkut barang-barang masuk ke dalam kereta, menghubungi mereka yang akan turut sama dalam program supaya bersedia untuk diambil, memastikan semua barang yang diperlukan telah dimasukkan ke dalam kenderaan merupakan saki baki kerja yang perlu dilakukan sebelum bertolak. Mungkin nampak remeh, tetapi merupakan kerja yang amat penting dan memerlukan KERJASAMA…

Sekitar pukul 8 pagi, para pemandu kenderaan iaitu k.Mimi, Aainaa, dan Hanis diminta untuk berkumpul di stesyen Caltex(tak sure caltex atau shell..) di seksyen 3 Shah Alam bersama peserta yang ditugaskan untuk diambil, di dalam dan luar kolej. Setelah semuanya berkumpul, maka bertolaklah sebuah kereta Perodua Kancil, Proton Gen-2 dan Proton Iswara dengan jumlah peserta semuanya 13 orang, menuju ke destinasi….. HUTAN LIPUR SG. KANCING..

Menyelusuri perjalanan di lebuhraya Guthrie, merentas 5 buah perhential tol, selama 45 minit sebelum sampai ke tempat destinasi bukanlah suatu yang sukar memandangkan perasaan hati yang berkobar-kobar untuk ke destinasi.

Hampir pukul 9 kami tiba di Hutan Lipur. Alhamdulillah… lega rasanya berjaya sampai ke tempat tujuan. Dengan bayaran RM 1 satu kepala dan RM2 satu kereta.. kami menjejakkan kaki di Hutan Lipur Sg. Kancing.. kelihatan tidak ramai pengunjung pada ketika itu, terlalu awal barangkali..

Dengan barang-barang yang dibawa dari Shah Alam, masing-masing mengangkutnya menuju ke tempat perkelahan.. Hutan Lipur Sg. Kancing terkenal dengan air terjun 7 tingkatnya, dan kami membuat keputusan untuk mengambil spot pada tingkat pertama memandangkan tempatnya yang sungguh cantik dan tiada pengunjung lagi ketika itu.. (semput nak naik sebenarnya sebab air terjun tu tinggi sangat..) selepas meletakkan barang-barang di bawah pondok, semuanya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk bermandi-manda..



Pondok perhentian




Air terjun 7 tingkat

Membuka majlis dengan al-Fatihah dan doa makan.. kami mengisi perut dengan roti di sapu jem kaya dan jem buah-buahan campuran.. mm… cukup sedap..


Tibalah aktiviti yang dinanti-nantikan iaitu aktiviti dalam air…. Bermula dengan sesi taaruf yang dilakukan di dalam air, peserta masing-masing memperkenalkan diri.

Selepas sesi taaruf, seterusnya permainan dalam air, dengan bola yang baru dibeli di gerai di Hutan Lipur tersebut berharga RM 6… kami bermain permainan tuju kaki versi dalam air… memandangkan kaki tenggelam dalam air, maka bola dituju pada bahagian badan yang berada atas paras air. Agak kecoh jadinya sebab untuk berlari dalam air bukanlah suatu yang mudah..

Seterusnya permainan Tiu-tiup Angin yang dicadangkan oleh salah seorang peserta. Satu bulatan dibuat dan seorang peserta dikehendaki berada dalam bulatan. Peserta dalam bulatan tersebut dikehendaki menyebut salah satu ciri fizikal pada teman-teman pada bulatan tadi. Jika ada persamaan ciri fizikal antara peserta, maka mereka perlu menukar kedudukan. Jika tidak dilakukan dengan pantas, peserta di tengah bulatan tadi akan merampas kedudukan mereka dan peserta yang lambat bertindak dikehendaki menjadi orang yang berada di tengah bulatan pula.. begitulah seterusnya.. permainan menjadi kecoh dengan peserta sendiri tidak ‘alert’ tentang ciri fizikal pada diri… tersenyum bila memikirkan kekecohan.. terdengar suara riang gembira para peserta..

Seterusnya acara bebas dimana para peserta bebas untuk bermain atau berenang atau menyelam atau ingin makan.. terserah..

Jam sudah menunjukkan pukul 11… para peserta dikehendaki untuk keluar dari air untuk bersiap-siap. Masa yang berlalu diarasakan amat pantas. Berat rasanya kaki untuk melangkah keluar dari air sedangkan pada awalnya agak malu-malu disebabkan air yang sangat sejuk dan mendinginkan. Namun kami terpaksa akur dan mula bersiap-siap. Selesai menyalin pakaian, tiba masanya untuk makanan tengahari, hidangan nasi putih, sambal tumis, ayam goreng, ulam-ulaman, telur rebus bersama-sama buah lai dan oren, disulamkan dengan air mangga, dan
juga kek batik selaku pencuci mulut.. subhanallah.. alhamdulillah.. kenyang..


Lunch..Nyum2

Selesai makan, kami pun bertolak ke tempat meletakkan kereta. Sebelum masuk ke dalam kereta masing-masing, kami berkumpul dan membuat bulatan untuk sesi resolusi. Sedikit resolusi dibuat diketuai saudari Aisyah. Masing-masing mengemukakan pandangan tentang program pada hari tersebut.


Sesi Resolusi



Setelah ditutup dengan tasbih kifarah dan surah al-asr, kami meneruskan dengan sesi fotografi dan kami pun bergerak pulang meninggalkan Hutan Lipur Sg. Kancing. Kami bertolak pulang pada jam 12.00 tengahari. Biarpun perkelahan ini berhenti di sini, namun ia bukan bermakna satu pengakhiran tetapi merupakan satu permulaan pada sebuah hubungan yang dengan izinNya dan penuh harap berkekalan buat selama-lamanya...

Ucapan terima kasihbuat mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program ini(heads up!).. Moga program ini mendapat redha dariNya..


sekian, wassalam

Dalilah

-He's Closer Than The Vein-