Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Powered by Blogger

Thursday, January 7, 2010

TAMRIN QIYADI K-UiTM

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t.

Buat sahabat2 seperjuangan yang tabah menghadapi setiap dugaan dalam hidup berdakwah, moga terus thabat di jalannya, insyaAllah.

Sedikit coretan perjalanan sepanjang berlangsungnya program Tamrin Qiyadi Karisma UiTM Shah Alam..

Tajuk: TAMRIN QIYADI K-UiTM 2009
Tarikh: 1 – 3 Januari 2009, 15 – 17 Muharram 1431 H
Tempat: Sg. Congkak, Hulu Langat, Selangor
Sasaran: Pimpinan Tanzim Karisma UiTM Sesi 2010

Objektif:

1. Memantapkan ukhuwwah di kalangan ahli pimpinan tanzim
2. Memupuk kesedaran tanggungjawab, kebersamaan dan semangat kerjasama dalam menggerakkan agenda dakwah
3. Membina potensi dan kemahiran membuat keputusan dalam organisasi dan kepimpinan
4. Meningkatkan motivasi serta keyakinan diri pemimpin


Hari pertama : 1 Jan 2010

2.30 p.m: Semua peserta dan Ajk berkumpul di perkarangan masjid negeri, Shah Alam. Menantikan kedatangan bas seperti yang dijanjikan. Namun, bas lewat 30 minit daripada waktu yang dijanjikan. Barang2 dimasukkan dalam bas dan kira-kira jam 3.50 pm, baru kami bergerak ke destinasi yang dituju.


Menanti bas dgn penuh kesabaran..Sempat bergambar..

5.30 p.m: Tiba di sungai congkak. Peserta berjalan masuk ke tapak perkhemahan yang mengambil masa selama 20 minit


Sungai Congkak



Tiba di sg. Congkak. Byknya barang..


Perjalanan masuk ke tapak perkhemahan..Tunjuk apa tu Tuan Pengarah?
Seronok nampak =)

5.50 p.m: Solat Asar secara berjemaah

6.20 p.m: Slot taklimat yang disampaikan oleh pengarah program@kem komanden, Akh Zakaria dan nyanyian lagu tema “ Jalan Juang”. Dalam tamrin kali ini, peserta dikendaki menghafal sepotong hadis kepimpinan, surah al-ahzab: 72, membaca juz 30, solat sunat rawatib, qiam, juga mutabaah2 amal yang lain.


Mendengar taklimat. Fokus2..^_^



Mendengar taklimat..Ape yang tergaru2 kepala tu?


6.40 p.m: Slot ice breaking oleh Akh Aminuddin. Peserta dan ajk diminta untuk berbaris mengikut pangkal nama, bulan kelahiran, nama ayah.



Ice breaking..Yeah! Akhawat berjaya membentuk barisan
seperti yang dikehendaki mengalahkan ikhwah..Mant0p2!!


7.20 p.m : Solat maghrib dan makan malam

8.15 p.m: Slot Kuliah maghrib oleh pck Roslan. Menceritakan tentang 2 Umar. Umar Al-Khattab juga Umar Abdul Aziz. Menyentuh tentang kepimpinan tokoh ini, perjuangan dan sumbangan mereka dalam perjuangan menegakkan Islam. 4 sifat peribadi Umar Al-Khattab adalah bijak, berani, tegas dan berfikiran terbuka. Seorang pemimpin mesti sentiasa memikirkan kebenaran dan pastinya setiap apa yang kita lakukan adlh untuk memastikan bahawa kita ada jawapan di hadapan Allah kelak.


Kuliah maghrib oleh pck Roslan


9.30 p.m: Slot mind setting oleh pck Roslan.
Point penting yang disentuh adalah:
- jalan dakwah ini adalah usaha untuk kita mendidik diri menjadi lebih bertakwa
- Allah telah amanahkan kepada kami 1 matlamat , 1 tujuan kecil di bumi UiTM sebagai medan dakwah
- Mulakan perubahan dengan diri sendiri. Untuk mencapai FIDAK 2015, kita mestilah menegakkan islam dalam diri dan hati kita terlebih dahulu.
- Beberapa surah yang di bawa : An-Naml: 62, Al-Fathir: 39, As-Shaad: 26
- Amanah ini adalah daripada Allah. Maka, wajib laksanakannya sepertimana kewajipan dari Allah
- Niat mesti betul dan InsyaAllah akan diganjari setimpal dengann kesungguhan dan kesempurnaannya.
- Perkara yang paling penting bagi pemimpin Islam adalah hubungannya dengan Allah.
- Qoute ayat pck yang menarik “ Jika kita penat dan letih dalam melakukan kebaikan kepada Allah, ingatlah penat dan letih akan hilang namun kebaikan akan kekal dan dibalas”


SLOT 1: Mind Setting : Amanah Kepimpinan


12.30 a.m: minum malam dan syahid kecil


Hari Kedua : 2 Jan 2010


4.30 a.m: Qiamullail

5.50 a.m: Solat subuh dan bacaan ma’thurat

6.30 a.m: Kuliah Subuh oleh Akh Aminuddin yang menekankan tentang konsep takwa.

Pernah suatu ketika Umar bin Khattab ra bertanya kepada Ubay bin Ka’ab ra tentang ketakwaan, apa yang dimaksud takwa? Maka Kata Ubaid ra: “bukankah anda pernah berjalan di suatu jalan yang berduri? Umar menjawab; “Benar.” Ubaid berkata; “Apa yang anda lakukan (ketika berjalan di atas jalan yang ada durinya)?” Kata Umar; “Aku berhati-hati". Ubaiy berkata: “Itulah takwa.”

Mengambil pengaplikasian di atas, kami diminta untuk berkaki air dan di bawa ke dalam hutan kecil dan perlu melalui sungai untuk ke daratan kembali dalam suasana gelap gelita. Penuh hati2 ketika berjalan. Kesimpulannya: ibarat orang yang berjalan di atas duri dengan penuh berhati2 agar tidak terkena duri. Begitu juga takwa, ibarat dunia yang penuh dengan duri dan perlu berhati2 dalam sekecil apupun langkahnya, takut langkahnya itu melanggar ajaran Allah. Kita mempunyai tanggungjawab yang sangat banyak yang telah Allah amanahkan. Dikaitkan juga dengan konsep syurga dan neraka yang mana kita kena meyakini kewujudannya dan merasa gentar hati membayangkan pedihnya azab neraka jahanam.


Kuliah Subuh : Takwa..Berjalan berkaki ayam dalam hutan kecil..Sejuknya..Huhu


9.00 a.m: SLOT 2: Sistem Syura dan Pelaksanaannya
- Disampaikan oleh Kak Maryam Aizuddin dan Akh Yaacob
- Perkara yang ditekankan:
- Cabaran dalam beramal Jama’ie
- Syura dan bagaimana menghidupkan amalan syura juga adab2 syura


SLOT 2: Sistem Syura dan pelaksanaannya..Penceramah yang byk membantu..tq =)


11.00 a.m: SLOT 3: Leadership Games. Dikendalikan oleh Akh Wan Am. Terdapat 4 aktiviti utama yang disajikan kepada peserta2.
Antaranya:
1) Telur dan penahan – kreatif, seorang pemimpin bukan shj perlu efektif malah perlu juga kreatif dalam melaksanakan agenda dakwah
2) Berkumpul mengikut nombor – bijak dan pantas mengambil peluang, tidak hanya focus kepada halangan, tetapi perlu melihat peluang yang ada.
3) Terbalikkan kain dari depan ke belakang – Konsep amal jama’ie dalam lakukan apa sahaja untuk mencapai apa yang diharapkan dlm dakwah.
4) Tutup mata dan arahan: penyampaian arahan yang berkesan kepada seorang ketua kepada anak buahnya yang lain.
5) Konklusi: Seorang pemimpin perlukah kreatif, bijak dan pantas mengambil peluang, perlu beramal jama;ie dan mempunyai ketua yang mampu memberikan arahan berkesan kepada yang lain.


Salah satu games yang dilakukan..hati2..longkak2..^_^


2.00 p.m: SLOT 4: LDK Jobscope. Menerangkan tentang tugasan setiap JK memandangkan ramai diantara ahli tanzim masih baru. Peserta dibahagikan kepda beberapa kumpulan kecil mengikut jawatan mereka dan PIC setiap kumpulan adalah drpd kalangan ajk yang memegang jawatan yang sama. Selesai sesi penerangan jobscope, ameer KDP menerangkan serba sedikit tentang KARISMA juga FIDAK2015.


Azreen memberi penerangan jobscope TPSM
kpd adik2 TPSM UiTM


5.00 p.m: Selepas solat asar dan ma’thurat, slot seterusnya adalah slot 5 iaitu MEMASAK JAMA’IE. Peserta diberikan beberapa bahan untuk memasak dan setelah memasak, kami makan bersama2.


Chef2 terkemuka dr UiTM Shah Alam =)


Uish..ikan keli tu..


Masakan ikhwah..inilah hasilnya..nyum..


7.30 p.m: Solat maghrib berjemaah dan kuliah maghrib oleh Akh Awang Armadajaya. Beliau membawa kuliah yang bertajuk tarbiyah dzatiyah. Menerangkan kepada peserta syarat2 TD

9.30 p.m: SLOT 6: iaitu Tafsir Kepimpinan yang disampaikan oleh Ustaz Muhaimin.

11.30 p.m: SLOT 7 : Meniti Angin Dakwah..Malangnya slot ini tak dapat dijalankan kerana pengendalinya (Akh Hafiz Bai) tidak dapat menghadirkan diri kerana kekangan2 tertentu..Peserta sedikit kecewa..(T_T)..Makanya, ajk melepaskan peserta untuk tidur awal dan menghabiskan tugasan ibadah mereka.


Hari Ketiga : 3 Jan 2010

5.15 a.m: Qiam bermula agak lewat kerana black out. Namun, tetap diteruskan..

6.10 a.m: Solat subuh berjemaah

6.30 a.m: Senaman pagi (Martial Art)..Namun, aktiviti ini tidak dpt dijalankan kerana hujan renyai2 juga elektrik yang masih tiada.

8.15 a.m: Sarapan pagi

9.00 a.m: Senaman pagi menggantikan senaman Martial Art yang tidak dapat dijalankan.

9.40 a.m: SLOT 8: QIYADI RACE
- Terdapat 5 CP dlm Qiyadi race. Peserta dikehendaki menghabiskan 5 CP tersebut. Di pre-CP, setiap peserta dikehendaki mengisi 9 plastik batu dan perlu membawa batu tersebut sepanjang perjalanan. Batu2 berkenaan akan dikurangkan dari satu cp ke cp yang lain apabila mereka berzikir di sepanjang perjalanan – implikasi gugurnya dosa2 kecil apbl kita berzikir.
- Barang Amanah: Botol air sendiri yang dibekalkan kepada peserta
- CP 1: Menganyam ketupat dan memasak telur dlm tanah dengan arang
- CP 2: Spider Wax
- CP 3: Membuka tayar kereta
- CP 4: Lalu Berhalangan
- CP 5: Botol dan tali



Laluan berhalangan..merentasi sungai


2.00 p.m: Majlis penutupan. Sempat bersama2 menyambut hari lahir sahabat2 yang jatuh pada bulan 12 dan 1, especially ukht Azreen =)

5.00 p.m: Kami bertolak pulang ke Shah Alam dan samapi kira-kira jam 7 malam.

Alhamdulillah, program ini telah berjaya dilaksanakan. Namun, hasilnya akan diterjemahkan oleh adik2 Karisma UiTM dalam usaha mereka menggerakkan agenda dakwah di kampus UiTM Shah Alam.. Program ini bukan sahaja mendidik peserta malah ajk nya juga agar terlahirnya peribadi2 yang jelas fikrahnya untuk sama2 memperjuangkan deen Ilahi. InsyaAllah.

Moga usaha kecil ini mampu memberi pencerahan dan input berguna kepada semua terutama pimpinan baru tanzim karisma UiTM Shah Alam. InsyaAllah, ianya tidak akan berhenti di sini. Masih banyak lagi yang perlu dilalui.

Moga kita sama2 berusaha kearah pembaikan diri sendiri juga orang lain demi mencapai MARDHATILLAH..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ajk yang byk membantu dlm menjayakan program ini. Tidak dilupakan kepada pck roslan dan mck min yang byk membantu, JIM PETALING, JIM PUSAT, individu2 yang menyumbang, pimpinan tanzim K-UiTM juga penceramah2 yang turut sama menjayakan program ini. Juga shbt2 seperjuangan yang lain yg membantu secara langsung ataupun tidak.

Wallahualam..

-Hamba yang faqir-