Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Powered by Blogger

Thursday, March 19, 2009

PPNK 03



Assalamualaikum..



Pada 7 Mac 2009 yang lepas, Program Pembanggunan Nuqaba Karisma (PPNK 03) telah diadakan buat kali yang ke-3 di daerah Petaling, bertempat di masjid Ubudiyah sek 19 s.alam telah dihadiri seramai 13 ikhwah dan 30 akhawat.Daurah bahan pada kali ini mengupas tafsir surah Al-Alaq dan surah Al-ikhlas yang disampaikan oleh Ust Arif dari KONSIS.


Program bermula agak lewat iaitu pada jam 10 pagi disebabkan ust Arif mempunyai urusan yang tak dapat dielakkan. Disebabkan peserta telah tiba pada jam 9.30 pagi seperti yang dijadualkan, maka akh Farhan telah memberikan sedikit perkongsian tazkirah untuk meraikan peserta yang telah tiba..


Tazkirah didampaikan oleh akh Farhan


Daurah bahan bermula sejurus setelah sarapan pagi. Ketika slot tafsir surah Al-Falaq bermula, perceramah baru mengetahui bahawa kebanyakan peserta ikhwah masih berlum melalui daurah bhn tafsir surah An-Nas, maka terpaksalah program dimulakan dgn penyampaian tafsir Surah An-Nas..Ust Arif telah meminta Zainal(INTEC) dan Hariz(UiTM) utk berkongsi bahan tafsir surah An-Nas yang telah mereka lalui sebelum ini, setelah itu barulah ust arif kongsikan bersama tafsir surah An-Nas bersama sehingga waktu rehat pada jam 1.00 petang


Ust. Arif


Setelah solat zohor, bermulalah penyampaian tafsir surah Al-Falaq. Perkara yang ingin ditekankan dalam surah Al-Falaq adalah Allah memerintahkan manusia untuk memohon pertolongan dan perlindungan daripadaNya. Allah menjelaskan empat jenis kejahatan berlaku adalah datang dari makhluk sama ada yang hidup atau mati, waktu malam yang gelap gelita, tukang sihir dan orang yang hasad.

sesi group discussion


Setelah selesai kupasan tafsir surah Al-falaq, daurah bahan disambung dengan tafsir surah Al-ikhlas. Surah ini lebih menekankan kepada perkara tauhid dan ikhlas hinggakan surah ini dianggap sebagai 1/3 daripada Al-Quran. Ayat yang pertama telah cukup utk menggambarkan keseluruhan surah kerana ayat ini menceritakan tentang keesaan Allah.


Program berakhir pada jam 6.30 ptg dengan harapan semua peserta dapat menyampaikan tafsir surah yang telah dikupas apabila diminta utk disampaikan kpd orang lain.. Akhir kalam, semoga ilmu yg diperolehi dapat dimanfaatkan terutama buat diri sendiri dalam mengukuhkan keimanan kepada Allah dan disampaikan dalam usrah atau halaqah.