Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Powered by Blogger

Thursday, December 25, 2008

Kem Mahasiswa Perkasa

Assalamualaikum,


Alhamdulillah pada minggu lepas k-uitm telah selamat menjayakan sebuah program iaitu Kem Mahasiswa Perkasa(KMP).
KMP diadakan pada 19-21 November 2008 merupakan program penutup k-uitm bagi semester ini juga pada tahun ini.
Bertempat di Kem Belia Bukit Lagong, Selayang, Selangor. Dengan kapasiti seramai 40 orang termasuk urusetia, program ini telah berjalan dengan lancar walaupun menghadapai berbagai rintangan.
Walaupun diberi nama KMP, program ini sebenarnya adalah salah satu bentuk penyampaian ISK yang melibatkan outdoor activities.
(sebenarnya UiTM baru je habis tempoh exam iaitu pada 18 november,19 november da gerak.so, bole nampak la di muka2 urusetia dan peserta kelegaan dr exam.sume nk enjoy je.)


19 November 2008
Peserta berkumpul di fakulti kejuruteraan awam sebelum menaiki bas jam 930 pagi.
Perjalanan dari Shah Alam ke Selayang tidaklah jauh sangat, tapi kami mengambil keputusan untuk berhenti di RnR Sg.Buloh bagi mejalankan satu task yang menarik(kt sini program da stat secara tak rasmi). Peserta dan juga fasi diminta untuk memakai tag besar yang bertulis "I'm Proud to be a Muslim"(da la sempoi je, nampak mcm pakai tag "saya xbuat kerja rumah" waktu sekolah dulu)
. Disitu peserta diminta untuk mengedarkan risalah Qurban JIM dan juga beberapa artikel dakwah lain. Selain itu, peserta diminta mendapatkan nombor contact orang yang didakwahkan(Nampak la disitu, ikhwah malu2 je nk jumpe orang, akhawat main redah je. Makcik Cleaner pn xketinggalan turut didakwahkan.hebat!). Selama setengah jam task tersebut berjalan. Kemudian kami meneruskan perjalan ke Kem tersebut. Da sampai disitu, kami agak terkejut kerana melihat ramai peserta kem selain kami dari uitm . Selepas itu baru kami tahu, mereka ialah peserta LAKIUM 08 dari UM. Sejak itu kami dah mengagak akan timbul masalah dari segi kelancaran program(agak je). Kami tiba dalam jam 11 pagi, kemudian disusuli taklimat dari pihak kem dan juga pengarah program. Selepas Zohor, peserta terus dihidangkan dengan pembentangan ISK, kami agak terkejar2 kerana sudah lari dari perancangan. Sebelum itu kami menghadapi masalah ketiadaan sumber elektrik di surau(kami kene guna surau sbb UM da guna dewan, da la xde power supply), kehadiran hujan juga menambah sedikit kesukaran bagi kami untuk bergerak di sekitar kem mencari tempat . Akhirnya, power supply di surau dapat dihidupkan dan pembentangan ISK dijalankan dengan lancar. Alhamdulillah. ISK berhenti sebentar untuk solat Asar dan Maghrib. Kuliah Maghrib disampaikan oleh akh Halim. Penyampaian beliau agak menyentuh hati kerana berkait soal niat. ISK berlarutan hingga ke malam. Asalnya peserta kena pasang khemah, tapi sebab tiada masa, maka urusetialah yang memasangkan untuk mereka. Masalah khemah satu hal pula, khemah x mencukupi kerana ade beberapa khemah yang tidak lengkap peralatannya. Maka, para fasi nak x nak kena tidur di dewan makan(ya, tempat orang makan2, tp nyenyak gak tido situ). ISK tamat sekitar jam 11 lebih malam dan di ikuti dengan tadabbur surah Al-Mulk sebelum peserta masuk tidur.

20 November 2008

Peserta bangun seawal jam 5 pagi untuk melakukan qiamullail secara fardhi. Kemudian diikuti dengan solat Subuh dan juga tazkirah Subuh oleh akh Malek, merangkap pengarah program. Slot pagi tersebut dipenuhi dengan slot ISK lagi sambungan dari semalam, hinggalah ke Zohor barulah slot ISK selamat disampaikan. Selepas Zohor, bermulalah episod pengembaraan yang menarik. Pada sesi kali ini, tiada lagi ceramah ataupn teori, hanyalah praktikal semata-mata(outdoor activities). Peserta akan ‘bermain’ di check point yang mana telah di susun mengikut kronologi pembinaan dan kejatuhan tamadun Islam. Nak djadikan cerita, semasa tengah2 aktiviti itu, hujan turun mencurah2 menambah lagi kemeriahan aktiviti luar serta seronok bermain hujan. Kelihatan peserta menggigil2(ye la, 2 jam dok dalam hujan). Tambah seronok lagi, tengah2 hujan tu ada yang naik flying fox(lagilah sejuk) yang mana merupakan task terakhir peserta. Walaubagaimana pun masa mencemburui keseronokan kami, peserta terakhir turun flying fox sekitar selepas maghrib(agak lewat kerana beberapa faktor). Slot malam selepas Isya’ ialah slot Ayat2 Cinta(Tafsir Al-Quran) yang disampaikan oleh akh Auzan, penceramah khas dari UIA Gombak. Kelihatan Auzan begitu bersemangat membawa slot, tetapi peserta yang keletihan akibat aktiviti luar tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Auzan. Walaupun begitu nampak kesungguhan pada peserta untuk terus bersama akh Auzan sepanjang slot. setelah tamat slot, seperti biasa ada tadabbur Al-Mulk sebelum peserta masuk tidur.

21 November 2008

Seperti biasa, qiamullail pada jam 4.30 pagi, tapi kali ini berjemaah, di imami oleh akh Malek. Seterusnya solat Subuh kemudian tazkirah Subuh oleh ukt Farrah(akhawat bagi tazkirah ni). Kemudiannya, sesi panaskan badan sebelum sarapan dan khidmat diri. Slot pada pagi ini ialah mengenai pengenalan KARISMA dan juga FIDAK 2015 kepada peserta. Alhamdulillah peserta dapat menerima dengan baik dan juga respon mereka amat memberangsangkan. Setelah tamat sesi resolusi dan penutup, seterusnya sesi bergambar pula(ni paling best). Kemudian kami berkemas untuk pulang dimana kami terpaksa bergegas kerana nak kejar solat Jumaat. Kami bertolak jam12.15 tengahari. Sampai di masjid Negeri Shah Alam jam 1.10 petang(khatib da baca khutbah. Driver bas xnak berhenti dulu). Alhamdulillah. Segala-galanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah.

Tarima Kasih yang tidak terhingga kepada


Pakcik Roslan & Makcik Aminah (walaupun xsempat datang)

pihak kem

penaja2 kami
semua ikhwah & akhawat yang terlibat


Atas pertolongan dan sumbangan yang dihulurkan.


KMP merupakan program pertama k-UiTM dalam mengendalikan ISK dan juga outdoor.


wassalam.



-zack-
K-UiTM Shah Alam

Friday, December 12, 2008

Sorotan sehari berjaulah……

Sabtu - 6 Disember 2008 / 8 Zulhijjah 1429

Awal2 pagi lagi kelihatan beberapa kelibat bergerak melepasi pintu gerbang SAMTTAJ. Matlamat utama adalah untuk melihat suasana sebenar kawasan penginapan peserta PKN yang akan datang. Dari 1 dorm ke 1 dorm, aspura aspuri, keluar masuk toilet, jenguk2 surau, intai2 dewan makan…ok, best! Alhamdulillah, satu perkara dah settle.:) Snap sana , snap sini….Flash2 camera pun bekerdipan disekitar kawasan sekolah pada waktu pagi yang dah dikira tak berapa pagi tu; 10.30am..

Selepas itu, kelibat2 tadi tu pun terus bergegas ke jalan limau manis di sec.4, berkumpul untuk ke majlis walimah akh Usayd. Sementara tu tertarik melihat telatah pakcik Lan & makcik Min melayan kerenah puteri tunggal mereka untuk bersiap. Betulkan tudung, brooch kena matching dengan color tudung, fesyen tudung lilit2 ala2 Wardina, pin kiri dan kanan, stokin jangan lupe… Hehe..kelakar2… Terdengar pakcik bersuara, `women are more complicated than men'… Is it ryte?? No komen………/:)


Lebih kurang pukul 12tgh, sebuah lagi kereta ikhwah tiba, tengok2 alamat dan dengan cofident nya konvoi pun berlepas menuju destinasi; Surau at-Taqwa Bdr Baru Bangi.. Awal-awalnya terpusing-pusing dan tersesat-sesat juga la. Tapi ada pengajaran besar yang kami dapat di sebalik `kesesatan' itu. Pakcik kata, macam ni la hidup kita kat dunia. Walaupun kita dah ada alamat yang ingin dituju di tangan, tapi kita pun boleh sesat juga lagi. Kenapa? Sebab kita x tau macam mana jalan sebenar nak menuju alamat tersebut. Macam tu juga perjalanan hidup manusia. Allah dah beri alamat yang betul dah ke mana kita harus tuju selepas hidup ni. Insyalah semua tentunya nak ke syurga. Tapi tak semua orang tau macam mana jalan yang betul nak menuju ke syurga tu. Ramai juga yang terbabas, tersesat, terjunam, dalam perjalanan menuju jannah Ilahi. Alamat lengkap dah ada; syurga. Direction perjalanan pun dah ada; rukun Islam, rukun Iman, Quran, hadith. Tinggal usaha kita aje lagi yang diperlukan untuk berusaha untuk mencari destinasi dalam alamat tersebut. Cari…cari…jangan x cari.. Explore habis-habisan… sebabnya kita akan menjadi manusia yang paling rugi jika terlepas peluang ini…!

Alhamdulillah, usai solat Zohor, dengan tak semena-mena konvoi dari Petaling bergabung dengan konvoi pengantin lelaki. Kami disambut meriah oleh keluarga pihak perempuan. Paluan kompang dan alunan selawat menyambut ketibaan rombongan pengantin lelaki. Akh Usayd & pasangan ceria sedondon dalam persalinan color gold. Rezeki kami agak murah hari ini, dapat makan 1 khemah dengan pengantin. Kiranya macam dapat meja VIP la ni..hehe.. alhmdlh..:D

Sesi makan2, bertanya khabar, borak2, bertukar2 pandangan, berbalas2 salam, & sesi wajib ;sesi fotografi dengan pengantin…;)

Masa bergerak keluar dari rumah pengantin jam dah menunjukkan pukul 3.30ptg. Pakcik kata nampak gayanya memang tak sempat la nak pergi majlis walimah ukht nik aisyah & pasangan. Sampai kat seksyen 4 aje dah pukul 4.15ptg. Selepas hantar pakcik, Naza BHA 678 yang membawa hati2 yang penuh tawakkal (berharap agar majlis ukht nik aisyah belum berakhir lagi) pun meluncur laju menuju ke Sec 7 untuk menerjah Dewan Melur di mana majlis berlangsung. Sampai2 aje, memang dah tak ramai orang. Waitress2 yang kat situ pun dah siap2 nak kemas2. Perut pun memang dah sedia penuh dari rumah akh Usayd tadi, jadi kami sekadar menjamah pemanis mulut saja di sini. Selepas sesi beramah mesra dengan family pengantin (siap tanya dari caterer & mak pengantin lagi dari mana mereka dapat alas meja & sketting meja makan – untuk PKN – semangat PKN tu..hehe..) & sesi fotografi, kami pun menuju destinasi seterusnya ke Klang. Then, makcik ajak minum petang kat rumah makcik. Kira jaulah juga la ni. Goreng keropok, minum air & makcik pun buka isu semasa (topik panas..! ermm...). Tak sedar hari dah nak dekat Maghrib. Kami pun minta diri untuk beransur & tertutuplah sudah tirai 1 hari yang penuh nikmat ini...Syukur alhamdulillah atas kemanisan ukhwah yang Kau titipkan dalam hati hamba2 Mu yang kerdil ini. Moga ia nya kan berkekalan sebagai peneguh pancang kaki kami di jalan yang meletihkan ini. Ameen...

  • 3 pasangan yang diraikan pada hari ini;

-Akh Usayd & pasangan

-Ukht Nik Aisyah & pasangan

- Pakcik Roslan Mohammad & pasangan (jujur cakap ni, betul2 nampak mcm pengantin baru..kalau x caye boleh tengok gambar sbg bahan bukti..:D)



Saturday, September 27, 2008

Diari 3R '08 @ Ubudiyyah

Nukilan Akh Siddiq Safie
Sempena Program Remaja Rai Ramadhan
20 & 21 September 2008
Masjid Ubudiyyah, Seksyen 19, Shah Alam

20/09/2008

5.00 a.m.
Baru terjaga dari tidur tatkala alarm di handset ni berbunyi. Kelihatan Fadzil pn seprti aku, baru je nk bangkitkan diri. Maklum la mlm td berbincang hingga ke pagi bagaimana strategi terbaik menawan Masjid Ubudiyyah. Begitu juga dengan AJK yg lain. Aku pasti ramai yg bersengkang mata mlm td membuat persiapan terakhir sebelum pergi ke medan pertempuran. .Moga jasa dan usaha antum di balas Allah dgn ganjaran yg lebih baik.

7.00 a.m.
Setelah bersiap2,aku dan fadzil bergegas menuju ke masjid Ubudiyyah,membuat persiapan apa2 yg patut, menyediakan meja utk pendaftaran, pasang screen dan lain2 lg. Kemudian tiba la Halim (biro teknikal) dengan peralatan teknikalnya terus shj "set up" segala peralatan yg dibawanya. Tak lama selepas itu Pengarah Program merangkap Pengerusi JK Remaja dan Belia JIM Akh Baithori Kamdi muncul dgn tenteranya (hehehe anak2 abg bai la tue). Lebih kurg pukul 8.00 pg peserta prog sudah mula dtg berlegar2 di kawasan masjid.

Jumlahnya bertambah menjelang pukul 8.15. Ramai juga ibu bapa yg hadir menghantar anak2 mereka, bertanyakn di mana tpt pendaftaran. Aku menunjukkan tpt pendaftaran tp tanpa biro pendaftaran. Terus ku capai handphone menghubungi Khansa yg masih lg on the way. Bukan biro pendaftaran yg lewat, tetapi ibu bapa yg menghantar anak mereka awal. Sebab pendaftaran bermula pd pukul 8.30 pg.

9.00a.m
Sesi pendaftaran berjalan dgn lancar, mcm2 amanat jg la yg aku dpt dari ibu bapa, ramai jg yg risau akan anak mereka. Ada mnta supaya anak mereka di tengok2 kn, ada jg yg interview aku ttg perjalanan prog, dan x kurg juga yg menyatakan harapn agar anak mereka beroleh sesuatu dari prog ini. Besar sungguh harapan mereka dan tggjwb di bahu kami. Setelah semua kembali tenang, prog dimulakan dgn bacaan Al-fatihah serta kata2 aluan dari aku.

Kemudian ku serahkn majlis kpd Fadzil, dpt saje microfon fadzil pun mula berceloteh. Disuruhnya peserta angkat tgn la, pndg situ sini dan mcm2 lg. Naik lenguh jg la tengkuk tu nk kna pndg sana sini. Kemudian sesi ice breaking pn bermula. Mereka perlu berpegangn tgn membuat bulatan dgn semua menghadap kedalam bulatan. Tugas mereka adalah bagaimana nk menghadap ke luar tanpa melepaskn ikatan tgn tersebut.

Hurrm susah tu, klu tgk balik dlm video pn masing2 mcm nk tergeliat tgn berpusing2 semasa menjalankn aktiviti tersebut. Tp berkat kerjsama dan perkongsian idea dari sumer ahli, perkara yg awalnya susah td dh jd mudah. mereka berjaya melakuknnya! !. Mereka kemudiannya di bahgikn kepada 10 kumpulan, 6 kump lelaki dan 4 kump perempmuan. Pelik tp benar!! Jumlah peserta lelaki mengatasi peserta pmpn! Setelah berada di dalam kump mereka di berikn abg2 dan kakak2 fasi utk membantu mereka spnjg prog berlangsung. Mereka jg diminta utk melantik seorg ketua kump.

Setelah mereka mendapat kump masing2, kami meminta mereka bertenang, relax sekejap, dan kemudian sama2 berdoa dan membetulkn niat dtg ke prog. Bkn kerana dipaksa atau terpaksa, tetapi sbb kesedaran diri utk menjadi lbh baik dr smlm dan hari2 sebelumnya. Bagi yg akan menghadapi peperiksaan x lama lg, jadikn prog ini sbg batu loncatan utk mereka memotivasikn dr menghadapi peperiksaan . Setelah selesai mereka di ajar pula bergelek cara yg betol. Jelas terpancar keseganan di muka mereka, tp dh abg fasi suruh, nk wat cmne kn hehhe. Kemudian mereka bersama2 berpelukn antara satu sama lain menyanyikan lagu Jalinan dan juga Satu Perjuangan.

11.00 a.m
Prog diteruskn dgn sorakan semangat dari setiap kump. Tetapi agak mendukacitakn kerana hampir semua kump gagal mempamirkn sorakn yg semangat dan segan utk mempersembahkn sorakan mereka. "Apa yg penting? Kerjasama... ." antara petikan dari 2 buah kumpulan yg ada sorakn yg sama..hehehe. Sbg pengubat, mereka diajar oleh abg fasi sorakan "alert" TEAM POWER !!!!

Setelah itu prog diserahkn kpd Akhi Hasnol utk slot Ramadhan dan Palestin. Para peserta didedahkn dgn isu umat Islam, apa kisah sbnrnya, kenapa isu palestin ini penting sgt bg umat islam dan apa peranan kita sbg umat islam.. Akhir sekali merek perlu membuat resolusi, 5 perkara yg boleh mereka lakukan utk membantu saudara2 kita di Palestin.

12.00 p.m
Tepat jam 12.00 peserta di berikn rehat sebentar sblm meneruskn sesi seterusnya. Sbg selingan mereka diajar menari oleh abg2 dan kakak2 fasi.Mereka di ajar untuk menari tarian ayam (chicken dance). Mereka cuma gelakkn je masa kami tunjukn mereka chicken dance tu, tp sbnrny mereka pn x terlepas jg utk menari tarian ayam ni hehehe. Slot seterusnya adalah slot interaktif yg menguji pengetahuan mereka. Slot Kuiz Al quran. Setiap kumpulan dibekalkan dgn senaskhah Al-Quran terjemahan utk dijadikn bhn rujukn.

Berkerut jg la dahi mereka nk kna jwb soalan2 power dari Kak Mimy. Tp yg best kump mana yg dpt jwb dgn betol, dpt sumi dari Kak Mimy. Hurmm mmg menguji kesabarn je di bulan puasa ni.. hehehehe

2.00 p.m
Setelah selesai solat zohor, program diteruskn dgn upacara perasmian oleh Nazir masjid Ubudiyyah Tn Hj Yusuf. Sbelum perasmian bermula, mereka sekali lg diminta utk menyanyikn lagu tema iaitu jalinan. Tetapi kali ini beserta dgn klip video aktiviti mereka pd sebelah pg td. Jzkk pd team media 3R 2008 akh Ridhzwan n the gang atas usaha yg telah di jalankn. Ada yg tersenyum simpul, gelakkn kwn dan mcm2 lagi gelagat dpt dilihat ketika mereka menyaksikn aksi mereka di paparkn di screen. Tidak ketinggalan jg mereka dihidangkn dgn cerita upin dan ipin sbg hiburan yg memberi pendidikan.

3.00 p.m
Prog diteruskan dgn slot Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) yg disampaikan oleh Dr Ruziaton Hasim. Para remaja didedahkan dgn erti cinta, ada apa dgn cinta? betulkah cinta itu suci? Apakah cinta yg Hakiki yg sepatutnya di kejar oleh sumer org. Mereka juga didedahkn ttg perkara yg boleh membawa mereka menghampiri zina dan mengapa zina ini di pandang keji dlm kaca mata Islam. Mereka jg di pertontonkan dgn klip video dari Raudhatus Sakinah sbg pengajarn dan pedoman mereka semua.

Tetapi ada slot tmbahan yg di jalankn sebelum slot ABJZ bermula. Slot pengakuan kesalahan peserta (sbnrnya slot hari jadi). Slot dimana beberapa nama di paggil keluar lalu ditanyakn kpd mereka ttg salah yg tlh mereka lakukan. Terkebil2 jg la dorg memikirkn apa kn kesalahn yg tlh mereka lakukn. Apatah lg setelah digertak yg kami akan menontonkn video kesalahan mereka di dpn peserta2 yg lain jika mereka tidak mahu mengaku. Peluh dingin kelihatan keluar dari dahi mereka. Nmpk sedikit pucat wjh mereka lebih2 lg peserta wanita sbb dia sorg je peserta wanita yg dipggl keluar. Jantung yg kt dlm tu hanya Allah je la yg tau cmne kencangnya degupan tersebut. Lalu semua fasi di pggl kedepan utk menjadi hakim. Untuk menjatuhkn hukuman kpd mereka. Suasan yg td riuh skrg bertukar menjadi sunyi.

Seakan2 semua org dpt merasakn apa yg dirasakn oleh sahabat merka didepan. Aku tersenyum di dlm hati. Boleh jg yg nakal2 dan yg kecoh2 ni diam sejenak. Turut berkongsi perasaan sahabat mereka. Suasan begitu hening.Di kala video kesalahan mereka ingin ditayangkn, dalam keadaan berdebar2 menanti apa yg akan keluar di screen, rupa2nya xde apa2 yg keluar. Yg ada hanyalah lagu yg kedengaran diikuti dgn nyanyian "Allah selamatkn kamu" oleh fasi2 yg ada. Berjuraian jg la air mata dikala menerima hadiah dari fasilitator. Semoga Allah merahmati mereka dan memberkati hidup mereka.

5.00 p.m
Selepas solat asar, program diteruskan dgn LDK ABJZ dimana setiap kumpulan diberikan tajuk yg berbeza utk di bincangkn dlm kumpulan dan dibentangkn kpd kump yg lain. Sistem pemarkahan bintang digunakan sepanajng prog berlangsung bg kump yg memberikan kommitmen atau berjaya memenagi pertandingan bg akitviti2 yg dijalankan. Peserta kemudiannya berkhidmat diri dan berkumpul semula selepas solat tarawikh.

10.00 p.m
Program di sambung semula, kali ni peserta diajar menari demi matahari dan pengajaran mengapa lagu demi matahari dipilih. "Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan,beruntung bg yg mensucikannya, merugi bg yg mengotorinya, " Antara kupasan yg diterangkan kepada para peserta. Kali ini sudah nmpk sedikit peningkatan. Yg mana siang td seolah2 segan dan liat melakukan tarian ayam,tp kali ini mereka sudah dpt menerimanya. Mgkn lmbt bg mereka utk sesuaikn diri dgn prog yg agak asing bg mereka. Menganggap prog ni utk budak2 kecik shj. Maklumlah ramai jg kanak2 yg turut memeriahkn 3R 2008 kali ini.

Kemudian mic diserahkn semula kpd Akh Hafizuddin utk slot 3R10. Slot ilmiah yg memberi panduan kpd para peserta ttg adab2 tidor dlm msjid, cara2 iktikaf dan juga fadhilat sepuluh mln terakhir di bulan Ramadhan. Mmg ada gaya muallim la akh hafizuddin ni. hehehehe.. Mic terus berganti tgn, kali ini kpd sifu motivasi kita (hehehehe) akhi fadzil utk prog seterusnya. Slot muhasabah ini dimulakn dgn perkongsian erti sahabt.

Bg 3R di Ubudiyyah ini, banyak kami tekankan ttg erti shbt, pentignya meghargai sahabt dan pentignya memilih sahabat. Mereka dibawa terbang melintasi sempadan masa,pergi menziarahi ibu mereka, terbayang wajah nya yg redup itu tersenyum kearah mereka. Belaian dan kasih syg yg diberikan tidak bertepi. tiap titis susu yg diberikan takkan terbalas walaupn dgn segunung emas. Lalu lagu ibu nyanyian Kump Aiman pn di pasangkan. Terdengar sedkit tangisan dan sendu yg sesekali terkeluar walaupun cuba ditahan. Mereka teruskan lagi perjalanan meyusuri waktu,menemui ayah mereka yg bersusah pyh mencari nafkah utk mereka. Setiap titis peluh yg jatuh kebumi memberi erti yg tidak ternilai. Namun balasan yg diberikn kpd ayah hanyalah permintaan yg bertubi2, tanpa mengira penat lelah ayah dlm memenuhi permintaan mereka.

Lalu lagu di pondok kecil dimainkan membuatkan hati mereka semakin perih dan sayu.. Tiba pula saat sahabat yg sentiasa bersama mereka diwaktu susah dan sng kini aka pergi meninggalkn mereka. Apakah mereka smpt meminta maaf, mngucapkn terima kasih kwan atas persahabatan ini. Lalu lagu Kau Sahabat Kau Teman dr Hijjaz mula diputarkn. Akhirnya mereka di ajak bersyukur diatas segala nikmat yg tlh diberikan. Nikmat kasih syg ibu, ayah serta nikmat persahabatn. Slot ditutup dgn doa dan munajat kpd Allah.

Dlm kesyahduan dan tangisan tu x kurg jg ada bunyi2 dengkuran yg kedengaran. Bagi akh ridzwan plak agak sukar utk merakamkn aksi2 mereka disebabkn keadaan yg gelap. Aku puas mencari sumber2 chya yg boleh digunakan, handphone la, lmpu suluh la,laptop la tp x berjaya. Tp takdir Allah penetu segala,tah cm mana tiba2 ada sorg peserta yg flash h/phonenya menyala. Aku pn pergi meminjam h/phone darinya. Alhamdulillah dpt jg la amik sket video tok mlm tu wlupn gmbrny krg kualiti. Tp x sangka plak ramai yg request agar video pd mlm itu di tayangkn. Maaf dipinta kerana video bg slot mlm ni belum dpt di tayangkn tp insyaAllah akan di siapkn juga.

21/9/2008

4.30 a.m.

"Bangun-bangun, hush korang ni soh tido taknak, pastu nak bangun liat! Orang suruh angkat kepala dia angkat punggung pulak " terdengar suara En Latiff, penasihat Kelab Remaja Ubudiyyah (KRU) mengejutkan anak didiknya. Berbekalkan pembaris panjang dan sebotol air, hadiah akan diterima bagi sesiapa yg x bgn qiam pd pg itu. hehehehe. Mmg tak dinafikan penat btol hari tu, fasi pn masih ramai yg syahid hehehe. Aku kejutkan sahabat di kiri dan kanan lalu ku capai peralatan khidmat diri bergegas ke bilik air . Program qiam pihak masjid telah bermula dari pukul 3.30 pagi lg. Lalu kami semua melakukan qiam secara nafsi-nafsi. Seusai qiam, sumer bergerak ke tpt makanan utk bersahur.

Tiba-tiba kuterasa tgn ku ditarik . "
Abg! abg bgn qiam kol bape td?" sapa Luqman salah seorg peserta 3R2008. Bila difikir balik mcm klaka plak, Luqman ni aku kenali sblm prog 3R lagi. Tp ms tu xtau la nama dia. Cerita bermula ketika aku dan beberapa org sahabat ada pameran di masjid negeri. Lalu kami ternampaklah sekumpulan pelajar lelaki yg memakai baju batik (baju outing sbnrnya hehehe) berlegar2 kt msjid tu. Luqman la paling obvious sbb antara baju dgn dia besar lagi baju batik yg dipakainya tu . Kesian dia xde saiz yg sesuai dgn tubuhnya yg kecik tue.Disebabkn kami ni ramah sgt, kami pn pergi menyapa mereka. Rupa2 nya diorg ni dari Sek Agama Men Tengku Ampuan Jamaah (SAMTAJ).Dorg dtg msjd sbb nk jmpa ustaz ajar nasyid.

Bagai org mengantuk disorongkan bantal, apa lagi kami pn balon la dorg ni. Kebetulan akh Farhan membawa "yankee" hikmatnya lalu bermulalah sesi jamming diantara kami. Last2 kami plak yg train dorg. Ustaz yg dijanjikn x muncul2. Takdir Allah penentu segala, Dia mempertemukn aku skali lg stlh sekian lama xberjmpa.
" Abg bgn kol 4.30 td, nape?" jawabku. " X dela sy dh nk kejut abg td, tp x terkejut plak . Tp bang dia pnya solat tasbih sejam tuuu!! Aduhh lenguh gak la kaki" seloroh luqman sambil menepuk dahi.. Aku hanya mampu tersenyum melihat gelagatnya. Jauh disudut hati ini gembira dan bersyukur kerana dipertemukn skali lg dgnnya. Wjahnya dan gayanya menunjukkn kesucian seorang "budak" yg belum ternoda. Sperti juga kanak-kanak lainnya di program ini. Selesai sahur dan solat subuh, para peserta naik semula ke dewan utk kuliah subuh.

6.30 a.m.
Peserta mula memenuhi dewan program. Kisah Upin dan Ipin di tayangkan bagi menarik peserta untuk masuk ke dalam dewan dgn seberapa segera. Kuliah subuh dimulakan dgn sedikit peringtan ttg nikmat yg telah Allah berikan. Nikmat islam,iman serta kehidupan ini. Betapa beruntungnya kita dpt menghirup udara tanpa perlu bayar sesen pun pada Allah. Sedangkan skrg ni nk sumer bnda kna bayar. Xde yg percuma. Seperti yg dijangka, ramai yg tertunduk setuju dgn tazkirah aku (tido la tu). Ku cuba utk mengubah sedikit corak tazkirah ku dgn mengajak mereka beristighfar bersama2 memohon keampunan dari Allah. Membetulkn kembali niat dtg ke prog ini spy ikhlas bkn atas dasar paksaan. Perkara yg agak selalu aku tekankn. Mgkn keikhlasan hati mereka membuatkan mereka rasa syg dan x nk meninggalkan prog ini. Kemudian ku teruskan dgn alunan zikir munajat tanda bersyukur kami kpd Allah atas kurniaanNya.

Setelah selesai, kini tibalah ke kemuncak kuliah subuh pada pg itu. Kami bermain JAR hehehe. Jzkk pada Pak Lang sebab mengajar teknik kuliah yg mmg xde org leh tido. Ilmu ini aku pelajari masa pergi ke KBM Belia tempoh hari. Mmg sesuai dibuat diwaktu subuh cmni. Peserta diminta utk berpasangan bkn 2 org tetapi 3 org. Kira 3 serangkai la hehehehe. Jadi ku berikan nama kepada mereka. Yg kanan sekali J yg tengah2 tu A dan yg kiri sekali tu R. Arahan seterusnya ku berikn supaya ketiga2 huruf ini bergerak ke arah yg berlainan.

Mereka bergerak dgn lemah longlai. Apabila aku kata ini permainan beradu kekuatan, jgn bagi org disebelah tu berjaya menarik kita, barulah mereka kembali segar. Masing2 pasang kekuda bersedia mendengar arahan dariku. "Ok sekarang J 2langkah ke kanan, A 2langkah kedepan R dua langkah ke kiri, mula sekarang!!" arahan yg aku berikan. Ku lihat mereka bersungguh2 menarik antara satu sama lain sampai merah2 muka tp tu yg lelaki la,yg pmpn x berapa perasan plak. Arahan yg lbh kurg sama diberikan cuma mgkn arahnya berbeza atau orgnya berbeza. Tetapi objektifnya ttp sama utk mereka saling menarik antara satu sama lain. Setelah beberapa ketika ku ubah arahanku "Ok skrg JAR sumer 3 langkah kekanan" kataku.

Mereka dpt melakukannya dgn mudah. Begitu jg dgn arah2 yg lain. Lalu bila ditanyakn kpd mereka apakh yg mereka dpt dr permainan itu, jwpn standard yg diberikn "Kejesame".. .. Hurmm lalu kuterangkan bhwa J itu ialah Jasmani A adalh Aqal dan R pula mewakili Rohani. JAR merupakan elemen pntig dlm diri seseorg. Klu JAR ini tidak seimbang maka akan rosaklah seseorg itu. Jadi keperluan bg setiap elemen ini perlu dipenuhi. Jasmani memerlukn makanan yg halal dan baik beserta senaman, aqal memerlukn ilmu dan roahani memerlukn amal2 soleh yg mendekatkn diri pd Allah. Selesai kuliah subuh kuserahkan majlis pd akh fadzil. Xsedap rasanya klu xde perencah yg menambah lg keindahan prog. Fadzil mmg expert!!hehehe.

7.30 a.m.
Semua peserta berkumpul mengikut kump masing2 untuk memulakan sesi explore race. Sesi yg agak mencabar kemampuan JAR peserta2. Aku diamanahkn utk memberi taklimat kepada para peserta. Secara amnya perjalanan explore race adalah seperti berikut:

setiap kump akan diberikn satu sampul surat yg mengandungi
1)seerah utk checkpoint pertama yg mereka tuju
2)checklist checkpoint
3)clue utk jwb teka silang kata
4)teka silang kata

Mereka juga dibekalkan dgn senaskhah Al-Quran beserta terjemahan.

setiap kump akan dilepaskn serentak ke checkpoint yg berbeza...
sampai di checkpoint tugas mereka ialah menceritakan seerah yg mereka dpt dlm sampul td... x boleh tgk kertas.. mesti hafal..hanya sorg jer wakil kump yg akan cerita pd fasi..

Kemudian mereka perlu menyelesaikan games di checkpoint berkenaan... .
Setelah selesai, fasi akan memberikn
1)clue utk checkpoint seterusnya
2)seerah yg baru (cerita yg lain)
3)clue utk teka silang kata.

perkara yg sama akan diulang disetiap checkpoint..
wakil bg setiap kump yg bercerita mestilah org yg berbeza bg setiap check point..
Ada 6 checkpoint yg perlu diselesaikan oleh setiap kumpulan.

Sedang aku memberi taklimat, akh hafizuddin dtg kepadaku memberitahu yg sorg fasi kumpulan ikhwah terpaksa menghadiri kelas,jadi terpaksa meninggalkn prog.lalu dlm kpala ni terbyg2 la wajah saper yg boleh menggantikn akh tersebut, sedang aku terbayang2 sambil memberi taklimat, dtg pula akh ridhzwan memberitahu yg dia ternampak ada org memasuki bilik akhwat, bkn peserta prog. Lalu aku meghubungi khansa' utk bertanyakn sekiranya ada akhwat yg boleh jg di atas.

Khansa' kata xde fully used. Dia sendiri terpaksa menghadiri mesyuarat bersama YB. Ikhwah pun xde yg leh gnti tpt fasi td. Sumer ada tggjwb. Setelah selesai memberi taklimat, ku lepaskn pasukn akhwat dulu dan kemudian pasukn ikhwah, Aku mnta akh Ridhzwan tok tlg tengok2 kn brg2 yg ada di situ kerana dia sorg je yg xterlibt dgn explore race. Dia masih lg meneruskn tugas utamanya -edit video.

8.15 a.m.
Explore race telah bermula dgn rasminya! Aku pn bergegas turun utk pergi ke checkpointku. Tiba2 aku disapa oleh seseorang. "Akh, nta x brief dorg ek apa yg dorg perlu buat dgn sampul surat tu" rupa-rupanya ukhti Fatimah menegurku. "Ya Allah, ana lupe la!! Ana juz bgtau apa yg ada dlm smpul tu jer. Ana xbgtau pn apa yg dorg perlu buat dgn brg2 yg ada dlm sampul tu" jawab ku. Lantas aku pn pergi ke pintu utama masjid dimana masing2 masih lg tercari2 kasut dan selipar utk meneruskan expidisi kembara ni.

Aku terpaksa brief mereka disitu akibat dari kelalaian aku td. Kurg fokus n pk bnda len masa bg briefing. Ketika peneranganku hampir tamat, sekali lagi telefon ku berdering, " Nta lum smpi lg ke kt checkpoint? Sian kt akhwat yg tggu kt situ. Dia kurg arif sket nk brief kt checkpoint tu" skali lg ukhti Fatimah mengingatknku. Ku capai tros sandal dan memakainya sambil berlari ke checkpoint. huhuhu mmg kalut jg prog klu x cukup manpower ni...

Checkpoint 1 (IQ Genius)
Merupakan checkpoint yg menguji minda dan IQ para peserta. Fasi di checkpoint ini x lain dan x bukan fasi yg mmg mempunyai IQ dan kreativiti yg tggi Akh Fadzil,Ukhti Anis dan Ukhti Najmi. Di sini mereka perlu menyelesaikn 2 ujian . Yg pertama ujian melepaskn diri daripada gari tali dimana 2 org digari secara bertentangan. Mmg susahla games ni. Ramai peserta yg mencuba bermacam2 cara utk melepaskn diri. Berpusing2 berpintal2 kejap bangun kejap duduk tp xleh gak lepas.hehehehe Tp berbekal keazaman dan KERJESAME mereka, dan sket hint dari fasi (heheheehe) dpt la jg mereka melepaskn diri dari gari itu.

Permainan kedua pula ialah membina 4 segitiga sama sisi dgn menggunakan 6 batang straw. Permainan ini memrlukn daya imiginasi dan daya kreatif yg tggi utk menyelesaikannya. Memang mcm nk kna pecah kpl baru dpt jwpnnya. Baru la adventure..
Di checkpoint ini peserta perlu menceritakan kpd fasi Seerah tentang keruntuhan kerajaan Taif. Sumer seerah yg perlu di hafal ini berlaku di bulan Ramadhan.

Chechpoint 2 (Direct Selling)
Checkpoint yg menguji Akal dan juga Rohani para peserta. Di checkpoint ini mereka perlu menceritakan kebesaran Allah dgn menjadikn alam sekeliling sbg medium perbahasan. Contohnya kejadian langit.Macam mana nk kaitkn kejadian langit dgn kebesaran Allah. Kemudian fasi kumpulan akan memberikn soalan2 trick yg akan membuatkn peserta terpaku dan termangu memikirkn soaln2 itu. Hatta jika ada yg memakai kopiah pd ketika itu nescaya akan teangkatlah kopiah itu dan tergarulah kepala yg tidak gatal dek soklan yg begitu susah klu nk dibanding dgn UPSR dan PMR. hehehehe.

Antara soklan2 yg diberikan ialah 1) nape syaitan akan dimasukkn ke dlm neraka sdgkn dia dr api,Sebab api dgn api mana effect 2) Bilakah Al-Quran diturunkn? 17 Ramadhan tu nuzul Quran, Lailatul Qadar pn mlm Quran diturunkn,mana satu ni ??? Hurmm tu baru 2 soklan muqaddimah jer. Bnyk lg soklan2 yg mencabar yg diajukn pd mereka. Tujuannya hanya satu, utk memberi ilmu dan mendedahkn pd para peserta yg sbg sorg muslim,kita perlu bersedia dgn segala ilmu terutamanya ilmu ttg agama kita sndr.

Spy ia boleh menjadi hujah bg kita menepis tohmahan2 dari pihak kuffar dan jg menjadi perisai bg kita dari terjerumus dlm pengaruh2 yg boleh merosakkan. Checkpoint ini dikendalikn oleh fasi yg berwibawa, yg mampu menyampaikn hujjah2 dgn baik dan petah berkata2. Ameer K-Uitm akh Aminuddin beserta penceramah jmputan Akh Kamal Fitri Ghazali (jzkk akhi) dan juga Ukhti Fatimah. Seerah bagi checkpoint ini ialah Khalid Al-Walid meruntuhkn berhala Al-Uzza.

Checkpoint 3 (Fear Factor)
Checkpoint yg agak susah kerana ia menguji tahap keberanian seseorang. Di checkpoint ini peserta diminta utk mengambil 4 keping syiling yg ditandakn dgn tape hitam daripada 10 keping syiling yg diletakkn di dlm sebuah balang. Arahannya sungguh mudah dan simple. Cuma perlu ambil syiling yg ditanda dgn tape hitam shj. Semua ahli kumpulan akan bergilir2 ambil duit syiling berkenaan. Kump dgn masa terpantas berjaya menghabiskn 4 syiling tersebut dikira pemenang. Akan tetapi, klu cmtu jer permainan dia x la di panggil fear factor. Balang tersebut dipenuhi oleh cengkerik!!! Mmg bermacam2 gaya dan aksi la dpt dilihat. Mcm2 skill la. Ada yg duduk, ada yg cangkung, berlutut la mcm2.

X kurg jg yg menjerit hinggakn ada yg berguling2. (lelaki plak tu huhuhu)..... Walau mcm manapun semangat berpasukn yg ditunjukkn antara ahli kumpulan amat membanggakan. Wlupun kwn tu takut, tp rakan2 yg lain memberi jg sokongan, kata2 semangat hinggalah rakan tu berjaya juga mengatasi rasa takutnya.(wlupun terpaksa tggu lama hehehe). Checkpoint ini di bawah tggjwb salah seorg ahli ROTTU yg segak iaitu akh Khairul Amri dan juga akhwat yg tegas ukhti Mimy dan Nurul. Seerah bg checkpoint ini ialah perjalanan Nabi Muhammad ke Tabuk.

Chekcpoint 4 (Dhuha)
Di checkpoint ini, peserta diajar cara bertayamum, syarat2 bertayamum dan juga masa2 tertentu yg kita dibolehkn bertayamum contohnya ketika dlm perjalanan blk kampung tetapi bas x berhenti utk solat. ketika sakit dan ketiadaan air.dengan amali yg dilakukan diharap peserta dapat mengingatinya dan mengamalkannya apabila keadaan memerlukan. Kemudian peserta di minta utk menunaikn solat dhuha secara berjamaah dan berwudhuk dgn menggunakan sebotol air meneral shj. tidak lebih. Kemudian mereka diminta utk menunaikn solat dhuha di atas tanah di padang permainan.

Huh mmg challenging tu. Bg saper yg x pnah meletakkan muka di bumi, mmg la rasa cm geli2 ke xselesa ke. Tp wlu bagaimanapun mereka ttp buat jg. Syabas diucapkan!!! Checkpoint ini telah diamanahkan kepada fasi yg arif lagi bijaksana iaitu akh Hapizan (baru je join JIM Pet dia dari UTM Skudai ahlan wa sahlan diucapkan) dan juga ukhti Farrah. Seerah bg checkpoint ini ialah pembukaan kota mekah.

Checkpoint 5 (Kapal terbang kertas)
Antara checkpoint yg menguji IQ peserta, cuma di chekcpoint ini peserta diminta utk menggunakn skill berunding (negotiation) dan jg decision making. Sistem syura juga di tekankn di sini. Peserta diminta untuk menyiapkn seberapa bnyk kapal terbang yg boleh dalam masa 2 minit. Tetapi kapal terbang itu mestilah mengikut piawaian yg tlh ditetapkn oleh fasi checkpoint. Perjanjian awal yg dimetrai antara fasi dan kump ialah kapal terbang tu msti sama dgn contoh yg ditunjukkn dan mampu terbang serta mendarat dgn selamat.

Jika berjaya kapal mereka akan dibeli dgn harga Rm1000. Disebabkan mereka tiada modal, jadi fasi membenarkn mereka membeli bahan2 utk membuat kapal terbang secara kredit. Pemenang dikira berdasarkan jumlah untung selepas tolak hutg. Selepas kapal terbang tu siap, ia akan diuji samada boleh terbang dan mendarat dgn selamat atau tidak. Kemudian mereka pn berbincang dan bersyura strategi apa yg sesuai diguanakn.Ada yg memilih strategi utk siapkn satu kapal terbg shj, tp sesempurna mungkin (Quality) ada plka yg gunakna strategi lg bnyk lg bagus,lg besar peluang nk menang (Volume). Masing2 dgn strategi masing2.

Semasa ujian penerbangan dijalankn, kebanyakkn peserta berjaya membuat kapal terbang yg mampu terbang dan mendarat dgn selamat,tetapi yg kurgnya ialah di bahagian aksesori. Di sinilah negotiation skill tu digunakn oleh peserta utk meyakinkan fasi spy membeli kapal terbang mereka dgn harga yg tggi. Permainan berakhir dgn cerita dari Stephen Cobey ttg memasukkn pasir, batu besar dan batu kecil kedalam sebuah balang. yg mana perlu dimasukkn dahulu. Pengjarannya buatlah perkara yg plg pntg dahulu,perkara yg plg besar, dlm kes ni perkara plg pntg ialah menjadikn kapal terbg itu boleh terbang dan mendarat dgn selamat. kerana klu kapal yg x leh trbg dipggl kapal selam.

Secantik dan secanggih mana pn kapal tu klu x leh terbang tentunya tidak akan berjaya dijual kerana ia tidak menjalankn fungsinya. Yg lain2 tu pn pntg dan perlu dilakukn tetapi mgkn usaha yg diletakkn krg sedikit berbanding perkara yg pntg td. Check point ini dikendalikn oleh akh sidiq, ukhti fahimah,ukhti atikah dan ukhti zarina.Seerah bg checkpoint ini ialah Perang Badar.

Checkpoint 6 (Puzzle)
Merupakan checkpoint yg memerlukan kesabaran dan kreativiti yg tinggi. para peserta dikehedaki menyusun semula gambar yg telah di cerai2 kan utk menjadi satu gmbar yg sempurna. Kemudian mereka dikehendaki mencari kisah atau apa2 perkara yg terlintas di kepala mereka ttg gambar berkenaan di dalam Al-Quran yg tlh dibekalkn td. Hurmm susah jg tu, sbb tgk ramai yg terbelek2 Quran terjemahan tu nk mencari kisah atau pun apa2 yg leh dikaitkn dengan gambar itu. Yela klu gambar semut mungkin la boleh cari surah An-Namlu tp klu gambar unta jenuh jg dorg nk cari kisah yg membabitkan unta dlm Al-Quran tu. Yg famous gajahla hehehehe.

Tp disebabkan abg dan kakak fasi ni baik so dorg leh la cerita apa yg dorg tau ttg gmbr tu. X tunjuk bukti pn xpela tp hehehehe markah kasi potong la :-) . Tp keseluruhannya mmg menarik dan checkpoint ini memberi peluang peserta mendekati Al-Quran dan mempelbagaikn kegunaannya. (Bukan sekadar utk dibaca shj tetapi utk di ambil hikmah dan pengajaran dari apa yg dibaca). Fasi bg checkpoint ini merupakan mereka yg agak mantap dlm bidang seerah dan juga kreatif dlm menyelesaikan mslh (puzzle) hehehe. Akh Zakaria dan Ukhti Huda. Seerah bg checkpoint ini ialah kemenangan tentera islam atas tentera monggol.

Setelah selesai kesemua checkpoint, peserta sumer kembali ke dewan utama prog sambil melepaskan lelah. Mmg hebat la dorg ni, bulan2 pose pn leh lagi main explore race. Msh lg gagah berpuasa mengharungi cabaran bln Ramadhan dan 3R2008.

12.00 p.m.
Semasa explore race berlangsung td, En latiff ada memperkenalkanku kepada sorg lelaki dari Kem Anak Soleh. Dia kebetulan singgah di masjid utk solat pd hari sbtu dan melihat ramai budak2. Kemudian dia merasa terpanggil utk menyampaikan sesuatu di kala dia melihat bdk2 ini melakukan ibadah (wudhu',solat, tadarus dll). Dia merasakan perlunya bg dr dia utk membantu pelajar2 ini. Jadi tepat pd pukul 12.00 aku serahkn majlis kpd En Afdhaluddin dari Kem Anak Soleh ni. Dia mnta slot utk 15 minit. Mmg menarik apa yg disampaiknnya. Gayanya yg bersahaja dan interaksinya dgn audience mmg berkesan.

Kenapa aku berkata begitu? Bygkn peserta2 ni yg dh penat ber 'explore race' tp xde pn yg tido semasa En Afdhal memberikn penerangan. Haaa magic kn? Aku pn pelik sbb klu ikot logic mmg masa ni la ramai yg terlentok ke bahu kwn hehehehe. Tp sehebat-hebat En Afdhal pn aku lg "salut" pd Big Boss aku la. Sape lg klu bukan Akh Md Baithori Kamdi hehehehe. Mcm manala aku x kata dia hebat,wlupun En Afdhal tu bijak berbicara, pandai berkata2, pakar motivasi, tp cair jg dgn kata2 dari insan bernama Md Baithori Kamdi. On the spot tros daftar menjadi ahli JIM SEUMUR HIDUP !!. Haa mantop kn Abg Bai...hehehehe. Klau kita kt Karisma nk kna wat dakwah fardiah nk kna ziarah mcm2 lg. Tp Abg Bai skip sumer step tu. Dpt plak yg bukan calang2 org plak tu. Klu ikot kategori Akh AKAD kira ni tergolong dlm kategori "
Rambutan Merah" la. Mksd nya mmg MANTOP la. xde perkataan len yg leh diungkapkn. hehehehe

Pasni kita dh sng keje la sket, dh ada pakar motivasi dh kt sini. Abg Bai pn tron la ilmu sket kt kami..Cmne nk tackle mad'u MANTOP ni. hehehehe.. Apa pun segala puji hanyalah bagi ALLAH yg MAHA KAYA yg membukakan pntu hati hamba-NYA. Ku bersyukur pd MU ya ALLAh atas nikmat iman dan ukhuwwah yg KAU berikn pd kami...

Sekian dulu coretan diari utk kali ini..
Mungkin akan berjumpa lg di lain waktu dan masa..
Maaf dipinta andai ada tersalah kata dan terlanjur bicara..
Moga kita sentiasa berada dlm lindungan rahmat dan kasih sayang-Nya
Smoga dipertemukn dgn lailatul Qadar
Akhir kata selamat hari raya...
jmpa lg insyaAllah di post moterm 3R raya

sekian
wslm

Sunday, September 7, 2008

Ada apa di Petaling pada 6-7Sept 08?

Salam

Menemui warga KDPian yg sntiasa dahagakan amal dlm ramadhan yg mulia ini..sekadar pantun 2 kerat sbg pembuka bicara..dengar ye!

seminggu sudah kita berpuasa,
Amal kita semua bagaimana?

nak diceritakan ana menerima sms dari Ameer KDP jumaat lepas di mana si Ammer ni sms ana bertanya "aizat, mggu ni anta ke mana2 x?...bla..bla.. Rasa nya hampir 2 minggu dah xpi petaling coz busy dengan keje2 IMPAC di UIA(asik ulang alik UIA je ana)..sampai la ade brother bertanya ana "Salam.jat, pekaba?..syukran ade brothers yang sntiasa ingat mengingati sahabat2nya..hmm,ape khabar shbat2 ana yg berada di perak n di tengganu kite n seluruh pelusuk malaisia?? hopefully kita semua diberi kekuatan untuk menambah amal di bulan yg mulia ni..ish..xnak kecek panjang2 la..

Tanggal 6 Sept bersamaan 6 ramadhan 1429 jam 11 am ana sampai di bumi shah alam untuk menziarahi program2 yg berlaku sekitar shah alam..ade yg wat ISK di masjid Ubudiyyah..kem Ibadat Jom, Surau! di Pelangi Hill dan review SP di masjid Negeri shah alam..hujan lebat mengiringi perjalanan ana yg penuh ranjau utk ke destinasi pertama program ISK di masjid ubudiyyah anjuran k-Intec...

Sesampai di masjid ubudiyyah..xketemu ana dengan Haq, Ameer Intec..dengan firasat yg tnggi dapat juga ana menemui naufal yg kebetulan tgh bosan2 keluar kejap dari bilik program di tgkt 2 masjid ubudiyyah..lalu ana memberanikan diri masuk ke bilik program sementelah mendengar brother Yusof from UIA membrikan talk ttg ISK kepda perwakilan ikhwah n akhwat Intec..ana attachkan pic2 yg ana sempat amik di masijd ubudiyyah..

Ikhwah-ikhwah Intec brother Yusof from UIA

















































Syukran Dia memberi peluang ana untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Masjid negeri..katanya ada review SP di miting room di masjid tp xnampak kelibat ikhwah akhawat UiTM Dihatiku..rupanya Ameer UiTM sms ana program review SP mula nya pkul 2.30pm..ana ingat program mulanya pagi..xmengapa..Sesungguhnya perancangan Allah lebih teliti berbanding perancangan hamba-hambaNya..lalu ana solat zohor di masjid sambil menunggu kedatangan ikhwah akhawat UiTM ke masjid..hujan renyai masih mengiringi perjalanan solat zohor di masjid..seusai dari solat..ana pun mencari si Ameer UiTM dan konco-konco beliau tp masih blum ketemu lgi disebabkan hujan yg masih menyelubungi bumi shah alam..secara rasminya program review SP UiTM bermula 3.30pm disebabkan menunggu super otai merangkap JIM IPT Pusat merangkap ex-student UiTM jurusan komunikasi massa graduated 2004 (ana bru je msuk uitm pertengahan tahun 2004)..xkenal lgi ke?..super otai yg dimaksudkan ana adalah abg Wan Muhammad or abg wan am..abg wan am menguasai sesi review SP tatkala si ameer UiTM dan konco-konco beliau leka mendengar penjelasan dari abg wan am..sesi review SP ini memfokuskan gerak kerja UiTM dan biro-biro TPSM dan Dana yg menjadi tapak asas untuk merealisasikan FIDAK 2015 insyaAllah..pastinya sesi review SP ini membrikan pengalaman kpd ikhwah akhawat UiTM..ana attachkan pic2 yg sempat ana amik sewaktu di masjid negeri until pkul 4.10pm..ana perlu balik semula ke rawang disebabkan urusan fmly..















Bersambung lgi...nantikan ye!..

Tuesday, August 26, 2008

Coretan program Sambutan Ramadhan 1429 H

Jam menunjukkan 9.30 pagi. Tapi suasana kat surau At-Taqwa sunyi sepi je. Ada sedikit kerisauan. Erm.. adik2 ni datang ke tak?Jumpa jalan tak? Macam 2 soalan bermain kat kepala.Yelah, walaupun IPT sekitar Shah Alam je ( lelebih lg UNISEL dan UiTM), tapi lokasi program hari ni agak tersorok kerana dalam kawasan perumahan.

AlhamduliLLAH , kerisauan tadi tak bertapak lama krn tepat 9.45 pg, bas yang membawa adik2 JAD sampai. Di ikuti dengan sahabat2 lain dari UiTM, UNISEL, POLI, INTEC. Bersama turun padang, sahabat2 dari JIM BELIA & REMAJA. Setelah di analisis borang kehadiran, seramai 165 peserta telah menjayakan program ini. Iaitu dari IPT sendiri seramai 153 orang dan dari JIM BELIA & REMAJA , seramai 12 orang. Dari segi bilangan ikhwah/ akhwat bleh dikatakan balance kerana jumlh ikhwah adalah seramai 83 orang dan akhwat seramai 82 orang. Tanpa berlengah lagi, Akh Khairul as pengerusi majlis pun memulakan dengan bacaan Al-Fatihah lalu menjemput Pakcik Hisham selaku pengerusi JIM IPT Petaling utk memberikan sepatah dua kata. Di teruskan pula dengan ucapan Akh Khairul Fadhli iaitu Ameer Karisma Daerah Petaling . Sedikit pengenalan di berikan mengenai program yang menyentuh tentang objektif program.

Jam 10.30 pagi, mikrofon bertukar tangan. Penyampai seterusnya memang tak asing lg di kalangan Ikhwah akhawat Petaling. Siapa lg kalu bukan Pakcik LAN. Pakcik telah menyampaikan ceramah mengenai ramadhan bersesuaian ngan tema program iaitu "RAMADHAN YANG KU RINDUI". Tak cukup dengan tu, nak tabik spring kat pakcik krn pakcik siap sediakan slideshow berkaitan tajuk ceramah yg di sampaikan. Di kongsikan bersama slideshow yang pakcik buat sebagai renungan kita bersama.

Habis je ceramah, sume ikhwah akhwat bergegas ambil wudhu'utk solat sunat Dhuha & Taubat. Suasana time tu hening sekali kerana hujan. Moga Allah mengabulkan doa2 hamba Mu ini. Zikir Asmaul Husna di lafazkan di ikuti dengan nasyid My Ummah nyanyian Sami Yusuf dan Harapan Ramadhan dr Man bai. Nasyid My Ummah tu berentak slow, jadi antara dengar tak dengar je suara ikhwah akhawat kita. Jika benar2 di hayati bait2 lirik nasyid tu..terselit rasa syahdu n pengharapan. dan sebenarnya kesedaran tentang amanah yg sangat besar yang kita semua galasi di bahu.. Baru sedar, nape pakcik nak masukkan lagu tu…













Majlis diteruskan dengan sesi ramah mesra. Ta'aruf ringkas… Masuk je waktu, ikwah/akhwat menunaikan solat zuhur berjemaah. Makan time…(^^,) AlhamduliLLAH, makan di biayai oleh JIM Petaling. Syukran jazilan.. pakcik/makcik. . Slot makan2 ni merupakan penutup bagi majlis sambutan ramadhan kali ni. Suasana hujan renyai2 pada petang tu seakan merestui perpisahan antara kami semua.. Walaupun ditimpa titisan hujan..basah (sunnatullah) , tapi sahabat2 sume tetap tegar especially yang akhwat. Nak tau nape??? Dalam hujan tu mereka tetap melangkah dengan semangatnye beserta payung di tangan berjalan ke bus stop berdekatan. Semua pun nak balik kampus utk prsediaan diri kerana ada je yang baru balik dari bercuti. Afwan katheera kerana tak dapat menghantar ntum. .InsyaAllah, da rezki berjumpa lg. Kita jumpa next program KDP ye…n Jazakumullah pada semua yg telah membantu, berhempas pulas tenaga, fikiran, wang ringgit. Moga semua usaha ntum itu di ganjari oleh Allah SWT. Ameen.












Khusus buat pakcik makcik...terima kasih yang tidak terhingga ana ucapkan. Ana mohon maaf atas segala kekurangan especially kelalaian ana krn tak betulkan lirik HARAPAN RAMADHAN oleh Man Bai walaupun pakcik dah ingatkan. Afwan katheera. Moga pakcik dan makcik terus tabah mendidik dan memberi tunjuk ajar kpada kami..Teringat masa KTKN ..(second program bersama sahabat tercinta..) acapkali dgr org sebut.."hamasatusyabab wahikmatusyuyukh ( Memahami manhaj kaderisasi dan dinamika gabungan semangat pemuda dan hikmah syuyukh utk merungkai permasalahan tarbiyyah)'' . kesimpulannya? ??kami mmg memerlukan pakcik ngan makcik.Sebagai penutup, ana ingin ambil kesempatan ni utk mohon maaf dari semua dan selamat menjalani ibadah puasa yang bakal menjelma bbrapa hari lagi. Seronok gak kalu kita dapat wat countdown kat IPT2 tentang kehadiran Ramadhan ni(^^,). Lil book, edarkan risalah 2 ramadhan atau wat poster2 ringkas then gantung di sepanjang cafĂ© ke , corridor dorm ke. (cdgn je…).. Terlebih bercerita pula…undur diri dl…Ilal liqa' wa maas salamah.

Assalamualaikum wbt...
k.mas
AJK Publisiti Sambuatan Rmadhan Al Mubarak 1429H


Friday, August 15, 2008

Program Kuliah Umum (PKU)

Assalamualaikum. .

K-UiTM Shah Alam baru-baru, 14 Ogos 2008 ini telah membuat satu lagi majlis ilmu(, Program Kuliah Umum (PKU).

Program yang dirancang bermula pada 830 malam, telah ditunda sedikit. Ini kerana penceramah ingin menunaikan solat Isya' dahulu bersama-sama dengan para pendengar. Seusai solat Isya', dalam 900 malam, kami bergerak ke Dewan Seminar. Gitu-gini, 915 malam program kami bermula. Di pengerusikan oleh akhi Fadzil, beliau menceritakan biodata ringkas penceramah.

Kuliah yang diberi tajuk 'Jom Berubah' menfokus kepada faktor-faktor pemangkin untuk menjadi seorang muslim yang baik, serta anasir-anasir buruk yang membantutkan usaha murni untuk berubah. Beliau juga turut menceritakan pengalaman beliau lari dari program(menyorok belakang pintu)yang sebelum ini pernah mengikuti persediaan di INTEC Shah Alam ke USA. Ceramah beliau yang diselitkan dengan unsur-unsur lawak membuatkan para pendengar tidak bosan dan tidak begitu mengantuk mengikuti ceramah beliau.

Kehadiran peserta yang berlatar belakangkan pelbagai peringkat umur serta variasi kos pengajian menjadikan program bertambah meriah. Peserta berjumlah 54 orang(ikhwah 16, akhawat 38) rata-ratanya mad'u baru untuk semester ini.

PKU diakhiri dengan tayangan video program SAMPEL 08 K-UiTM baru-baru ini. Peserta kemudiannya dihidangkan dengan sedikit kuih(muffin) dan juga minuman(mula- mula semua malu nak bangun). Program berakhir pada 1030 malam. Terdapat beberapa akhawat yang berjumpa dgn penceramah selepas itu untuk bertanyakan soalan dan pendapat beliau. Keseluruhan program berjalan dengan lancar, Alhamdulillah dipanjatkan kpd Allah atas segala kemudahan yang diberikan walaupun semua perancangan serta kerahan tenaga dibuat pada saat akhir(beberapa hari sebelum PKU).

Antara perkara berfaedah yang diambil dari PKU :
1-Baca Al-Quran di waktu pagi bagi memudahkan ia meresap ke dalam hati.
2-Jangan mudah menilai orang, kerana satu hari dia juga bole jadi lebih baik dari kita.
3-Kebanyakkan manusia tidak berubah kerana tidak tahu, bukan kerana xnak, jadi
disini para dai'e haruslah memainkan peranan untuk menerangkan dulu, bukan terus
menyuruh atau menuduh sesuatu yang tidak elok.
4 -Jangan takut untuk berubah, jangan fikir persepsi serta kritikan orang kpd kita.
5 -ketahuilah sahabatku bahwa Allah itu lebih dekat dengan kita dari urat di leher
kita. Jadi, janganlah 'menjauhkan' Allah dari kita.
6-Berwaspadalah dengan golongan munafik, kafirin, dan juga syaitan, serta paling
penting, mintalah dari Allah perlindungan dari hawa nafsu kita sendiri.

Sedikit sebanyak yang dapat ana kongsi bersama, moga menjadi peringatan (kepada diri sendiri terutamanya) serta pemangkin kepada kita semua untuk memperbaiki diri dan berfikir ke arah pelaksanaan Islam di muka bumi ini Insya Allah.


Mohd Zakaria Bin Mohd Sahar

Monday, July 21, 2008

PROGRAM SAMBUTAN PELAJAR UITM


PerTaNDiNgaN MaSaK.......

Assalamualaikum wbt..

Sahabat seperjuangan sekalian…


Alhamdulillah, 13 julai 2008 lalu telah selamat berlangsung program Sambutan Pelajar Baru (SAMPEL) UiTM Shah Alam. Golongan sasaran adalah adik2 yang baru sahaja 2minggu menjejakkan kaki di bumi Shah Alam ini. Program diadakan di Taman Mahkamah / Taman Kelahiran Shah Alam bermula jam 8.30pg dengan sesi pendaftaran. Alhamdulillah, sambutan sangat2 menggalakkan dan berada di luar jangkaan. Sambil menikmati juadah sarapan pagi, fasi2 sibuk mengedarkan borang kajiselidik bagi mengetahui tahap pendedahan adik2 baru ini terhadap usrah dan aktiviti2 keagamaan.

Sesi taaruf oleh akh Siddiq dan akh Farhan berjaya memecahkan tembok ais di antara para peserta dan juga JK yang terlibat. JK dikehendaki turut menjadi peserta menyertai permainan bersama adik2 baru dalam kumpulan bagi menjadi SB memerhati serta mencungkil potensi2 yang ada dalam diri mereka. Method ini amat berkesan kerana secara tidak langsung kita dapat mengenali dan mengetahui tingkah laku serta perwatakan sebenar mad'u2 baru ini dengan lebih rapat lagi dalam suasana santai tanpa terikat dengan suasana usrah yang kadang kala terlalu `skema' sehingga mereka berperwatakan berbeza daripada diri mereka yang sebenarnya. Suasana yang pada mulanya sunyi sepi bertukar menjadi riuh rendah apabila sesi ice breaking dimulakan. Para peserta diminta mengklasifikasikan diri masing-masing mengikut group yang telah ditetapkan samada dalam grup rajin, hensem/cantik, semangat kental, ataupun grup blurr… Setelah peserta berada dalam grup msg2, mereka diminta utk menerangkan kepada kumpulan lain mengapa mereka memilih utk berada dlm kumpulan tersebut. Pelbagai point yang cukup mantap dilontarkan dr wakil setiap kumpulan bagi mengukuhkan lagi hujah mengapa mereka merasakan mereka layak utk berada dlm kumpulan kriteria2 tersebut.

Lebih kurang jam 9.45pg, Pakcik Roslan (mas'ul kami) telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan sedikit tazkirah yang ringkas tetapi cukup bermakna. Dalam ucapannya, pakcik amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran adik-adik baru ke program ini khususnya dan ke bumi Shah Alam umumnya. Pakcik mengingatkan bahawa gejala sosial sedang merebak dikalangan anak-anak muda dan menasihati adik-adik semua supaya bijak meletakkan diri ditempat yang betul dan mencari rakan-rakan yang dapat membimbing diri ke jalanNYA...

Selepas itu, adik-adik dipecahkan kepada 10 kumpulan dimana setiap kumpulan dibahagikan pula kepada 2 grup kecil iaitu grup kreatif dan grup fizikal. Adik2 ni tak tau lagi sebenarnya apa game yg diorang kena buat lepas ni. Muka masing2 confiden aje..Lepas Ukht Farrah kasi briefing kat diorang, ade juga yg terjerit sebab terkejut bila dapat tau lps ni diorang kena masak..hehe. ." Ahli2 kumpulan grup kreatif harus membuat kuih onde-onde dimana bahan2nya telah disediakan oleh fasilitator. Walaubagaimanapun, fuel bagi m'hidupkan bahan bakar telah disorokkan disekitar kawasan taman. Oleh itu, grup fizikal harus melalui beberapa halangan dan check point explorace bagi mendapatkan fuel tersebut. Ternyata para peserta cukup bersemangat utk menghabis acara ini. Sepanjang sesi `menguli tepung' berlangsung, faktor kebersihan cukup dititik beratkan dimana kebersihan setiap kumpulan dipantau dari semasa ke semasa. Memang agak menggelikan hati apabila melihat ada yang di antara mereka yang buat pertama kali menguli tepung dan masih terpinga2 bagaimana untuk memulakan step membuat onde2..hehe…

Setelah lebih kurang 1jam berlalu, onde2 yg dinanti2kan dari setiap kumpulan pun diadili oleh juri2 profesional…( pakcik Lan & makcik Min). Adik2 ikhwah akhwat kita mmg kreatif2 belaka. Ade onde2 yg beso kecik beso kecik, onde2 lipan, onde2 cicah gula & ade juga onde2 kesihatan khas utk pesakit diabetic (act onde2 yg lupe nak letak inti gula..hehe... Berkerut2 muka ahli panel kita merasa masakan chef2 bakat terpendam nie..Cyan mereka…

Lebih kurang jam 1ptg, para peserta dibenar menikmati hidangan tengahari dan Makcik Min diberikan penghormatan utk menyampaikan hadiah kepada kumpulan yang berjaya dan memberikan sedikit amanat dan kata2 nasihat kepada para peserta. Majlis bersurai lebih kurang jam 2ptg.

Diharap program santai seperti ini dapat diteruskan pada semester2 yang akan datang untuk meraih mad'u2 baru bagi meneruskan kesinambungan dakwah di alam kampus…Moga Allah memandang usaha yang tidak seberapa ini dengan pandangan kasih sayangNya…

Wallahualam…

Disediakan oleh,

siti fatimah mohd hadhari