Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Powered by Blogger

Thursday, December 25, 2008

Kem Mahasiswa Perkasa

Assalamualaikum,


Alhamdulillah pada minggu lepas k-uitm telah selamat menjayakan sebuah program iaitu Kem Mahasiswa Perkasa(KMP).
KMP diadakan pada 19-21 November 2008 merupakan program penutup k-uitm bagi semester ini juga pada tahun ini.
Bertempat di Kem Belia Bukit Lagong, Selayang, Selangor. Dengan kapasiti seramai 40 orang termasuk urusetia, program ini telah berjalan dengan lancar walaupun menghadapai berbagai rintangan.
Walaupun diberi nama KMP, program ini sebenarnya adalah salah satu bentuk penyampaian ISK yang melibatkan outdoor activities.
(sebenarnya UiTM baru je habis tempoh exam iaitu pada 18 november,19 november da gerak.so, bole nampak la di muka2 urusetia dan peserta kelegaan dr exam.sume nk enjoy je.)


19 November 2008
Peserta berkumpul di fakulti kejuruteraan awam sebelum menaiki bas jam 930 pagi.
Perjalanan dari Shah Alam ke Selayang tidaklah jauh sangat, tapi kami mengambil keputusan untuk berhenti di RnR Sg.Buloh bagi mejalankan satu task yang menarik(kt sini program da stat secara tak rasmi). Peserta dan juga fasi diminta untuk memakai tag besar yang bertulis "I'm Proud to be a Muslim"(da la sempoi je, nampak mcm pakai tag "saya xbuat kerja rumah" waktu sekolah dulu)
. Disitu peserta diminta untuk mengedarkan risalah Qurban JIM dan juga beberapa artikel dakwah lain. Selain itu, peserta diminta mendapatkan nombor contact orang yang didakwahkan(Nampak la disitu, ikhwah malu2 je nk jumpe orang, akhawat main redah je. Makcik Cleaner pn xketinggalan turut didakwahkan.hebat!). Selama setengah jam task tersebut berjalan. Kemudian kami meneruskan perjalan ke Kem tersebut. Da sampai disitu, kami agak terkejut kerana melihat ramai peserta kem selain kami dari uitm . Selepas itu baru kami tahu, mereka ialah peserta LAKIUM 08 dari UM. Sejak itu kami dah mengagak akan timbul masalah dari segi kelancaran program(agak je). Kami tiba dalam jam 11 pagi, kemudian disusuli taklimat dari pihak kem dan juga pengarah program. Selepas Zohor, peserta terus dihidangkan dengan pembentangan ISK, kami agak terkejar2 kerana sudah lari dari perancangan. Sebelum itu kami menghadapi masalah ketiadaan sumber elektrik di surau(kami kene guna surau sbb UM da guna dewan, da la xde power supply), kehadiran hujan juga menambah sedikit kesukaran bagi kami untuk bergerak di sekitar kem mencari tempat . Akhirnya, power supply di surau dapat dihidupkan dan pembentangan ISK dijalankan dengan lancar. Alhamdulillah. ISK berhenti sebentar untuk solat Asar dan Maghrib. Kuliah Maghrib disampaikan oleh akh Halim. Penyampaian beliau agak menyentuh hati kerana berkait soal niat. ISK berlarutan hingga ke malam. Asalnya peserta kena pasang khemah, tapi sebab tiada masa, maka urusetialah yang memasangkan untuk mereka. Masalah khemah satu hal pula, khemah x mencukupi kerana ade beberapa khemah yang tidak lengkap peralatannya. Maka, para fasi nak x nak kena tidur di dewan makan(ya, tempat orang makan2, tp nyenyak gak tido situ). ISK tamat sekitar jam 11 lebih malam dan di ikuti dengan tadabbur surah Al-Mulk sebelum peserta masuk tidur.

20 November 2008

Peserta bangun seawal jam 5 pagi untuk melakukan qiamullail secara fardhi. Kemudian diikuti dengan solat Subuh dan juga tazkirah Subuh oleh akh Malek, merangkap pengarah program. Slot pagi tersebut dipenuhi dengan slot ISK lagi sambungan dari semalam, hinggalah ke Zohor barulah slot ISK selamat disampaikan. Selepas Zohor, bermulalah episod pengembaraan yang menarik. Pada sesi kali ini, tiada lagi ceramah ataupn teori, hanyalah praktikal semata-mata(outdoor activities). Peserta akan ‘bermain’ di check point yang mana telah di susun mengikut kronologi pembinaan dan kejatuhan tamadun Islam. Nak djadikan cerita, semasa tengah2 aktiviti itu, hujan turun mencurah2 menambah lagi kemeriahan aktiviti luar serta seronok bermain hujan. Kelihatan peserta menggigil2(ye la, 2 jam dok dalam hujan). Tambah seronok lagi, tengah2 hujan tu ada yang naik flying fox(lagilah sejuk) yang mana merupakan task terakhir peserta. Walaubagaimana pun masa mencemburui keseronokan kami, peserta terakhir turun flying fox sekitar selepas maghrib(agak lewat kerana beberapa faktor). Slot malam selepas Isya’ ialah slot Ayat2 Cinta(Tafsir Al-Quran) yang disampaikan oleh akh Auzan, penceramah khas dari UIA Gombak. Kelihatan Auzan begitu bersemangat membawa slot, tetapi peserta yang keletihan akibat aktiviti luar tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Auzan. Walaupun begitu nampak kesungguhan pada peserta untuk terus bersama akh Auzan sepanjang slot. setelah tamat slot, seperti biasa ada tadabbur Al-Mulk sebelum peserta masuk tidur.

21 November 2008

Seperti biasa, qiamullail pada jam 4.30 pagi, tapi kali ini berjemaah, di imami oleh akh Malek. Seterusnya solat Subuh kemudian tazkirah Subuh oleh ukt Farrah(akhawat bagi tazkirah ni). Kemudiannya, sesi panaskan badan sebelum sarapan dan khidmat diri. Slot pada pagi ini ialah mengenai pengenalan KARISMA dan juga FIDAK 2015 kepada peserta. Alhamdulillah peserta dapat menerima dengan baik dan juga respon mereka amat memberangsangkan. Setelah tamat sesi resolusi dan penutup, seterusnya sesi bergambar pula(ni paling best). Kemudian kami berkemas untuk pulang dimana kami terpaksa bergegas kerana nak kejar solat Jumaat. Kami bertolak jam12.15 tengahari. Sampai di masjid Negeri Shah Alam jam 1.10 petang(khatib da baca khutbah. Driver bas xnak berhenti dulu). Alhamdulillah. Segala-galanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah.

Tarima Kasih yang tidak terhingga kepada


Pakcik Roslan & Makcik Aminah (walaupun xsempat datang)

pihak kem

penaja2 kami
semua ikhwah & akhawat yang terlibat


Atas pertolongan dan sumbangan yang dihulurkan.


KMP merupakan program pertama k-UiTM dalam mengendalikan ISK dan juga outdoor.


wassalam.



-zack-
K-UiTM Shah Alam

2 comments:

Anonymous said...

Akh Halim cakap pasal ape sampi menyentuh hati tu?nak tahu gak..bleh tak citer kat sini?

Anonymous said...

Bagus2 program yg menarik..nak tahu gak lebih lanjut pasal pengisian nya