Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Powered by Blogger

Tuesday, August 26, 2008

Coretan program Sambutan Ramadhan 1429 H

Jam menunjukkan 9.30 pagi. Tapi suasana kat surau At-Taqwa sunyi sepi je. Ada sedikit kerisauan. Erm.. adik2 ni datang ke tak?Jumpa jalan tak? Macam 2 soalan bermain kat kepala.Yelah, walaupun IPT sekitar Shah Alam je ( lelebih lg UNISEL dan UiTM), tapi lokasi program hari ni agak tersorok kerana dalam kawasan perumahan.

AlhamduliLLAH , kerisauan tadi tak bertapak lama krn tepat 9.45 pg, bas yang membawa adik2 JAD sampai. Di ikuti dengan sahabat2 lain dari UiTM, UNISEL, POLI, INTEC. Bersama turun padang, sahabat2 dari JIM BELIA & REMAJA. Setelah di analisis borang kehadiran, seramai 165 peserta telah menjayakan program ini. Iaitu dari IPT sendiri seramai 153 orang dan dari JIM BELIA & REMAJA , seramai 12 orang. Dari segi bilangan ikhwah/ akhwat bleh dikatakan balance kerana jumlh ikhwah adalah seramai 83 orang dan akhwat seramai 82 orang. Tanpa berlengah lagi, Akh Khairul as pengerusi majlis pun memulakan dengan bacaan Al-Fatihah lalu menjemput Pakcik Hisham selaku pengerusi JIM IPT Petaling utk memberikan sepatah dua kata. Di teruskan pula dengan ucapan Akh Khairul Fadhli iaitu Ameer Karisma Daerah Petaling . Sedikit pengenalan di berikan mengenai program yang menyentuh tentang objektif program.

Jam 10.30 pagi, mikrofon bertukar tangan. Penyampai seterusnya memang tak asing lg di kalangan Ikhwah akhawat Petaling. Siapa lg kalu bukan Pakcik LAN. Pakcik telah menyampaikan ceramah mengenai ramadhan bersesuaian ngan tema program iaitu "RAMADHAN YANG KU RINDUI". Tak cukup dengan tu, nak tabik spring kat pakcik krn pakcik siap sediakan slideshow berkaitan tajuk ceramah yg di sampaikan. Di kongsikan bersama slideshow yang pakcik buat sebagai renungan kita bersama.

Habis je ceramah, sume ikhwah akhwat bergegas ambil wudhu'utk solat sunat Dhuha & Taubat. Suasana time tu hening sekali kerana hujan. Moga Allah mengabulkan doa2 hamba Mu ini. Zikir Asmaul Husna di lafazkan di ikuti dengan nasyid My Ummah nyanyian Sami Yusuf dan Harapan Ramadhan dr Man bai. Nasyid My Ummah tu berentak slow, jadi antara dengar tak dengar je suara ikhwah akhawat kita. Jika benar2 di hayati bait2 lirik nasyid tu..terselit rasa syahdu n pengharapan. dan sebenarnya kesedaran tentang amanah yg sangat besar yang kita semua galasi di bahu.. Baru sedar, nape pakcik nak masukkan lagu tu…













Majlis diteruskan dengan sesi ramah mesra. Ta'aruf ringkas… Masuk je waktu, ikwah/akhwat menunaikan solat zuhur berjemaah. Makan time…(^^,) AlhamduliLLAH, makan di biayai oleh JIM Petaling. Syukran jazilan.. pakcik/makcik. . Slot makan2 ni merupakan penutup bagi majlis sambutan ramadhan kali ni. Suasana hujan renyai2 pada petang tu seakan merestui perpisahan antara kami semua.. Walaupun ditimpa titisan hujan..basah (sunnatullah) , tapi sahabat2 sume tetap tegar especially yang akhwat. Nak tau nape??? Dalam hujan tu mereka tetap melangkah dengan semangatnye beserta payung di tangan berjalan ke bus stop berdekatan. Semua pun nak balik kampus utk prsediaan diri kerana ada je yang baru balik dari bercuti. Afwan katheera kerana tak dapat menghantar ntum. .InsyaAllah, da rezki berjumpa lg. Kita jumpa next program KDP ye…n Jazakumullah pada semua yg telah membantu, berhempas pulas tenaga, fikiran, wang ringgit. Moga semua usaha ntum itu di ganjari oleh Allah SWT. Ameen.












Khusus buat pakcik makcik...terima kasih yang tidak terhingga ana ucapkan. Ana mohon maaf atas segala kekurangan especially kelalaian ana krn tak betulkan lirik HARAPAN RAMADHAN oleh Man Bai walaupun pakcik dah ingatkan. Afwan katheera. Moga pakcik dan makcik terus tabah mendidik dan memberi tunjuk ajar kpada kami..Teringat masa KTKN ..(second program bersama sahabat tercinta..) acapkali dgr org sebut.."hamasatusyabab wahikmatusyuyukh ( Memahami manhaj kaderisasi dan dinamika gabungan semangat pemuda dan hikmah syuyukh utk merungkai permasalahan tarbiyyah)'' . kesimpulannya? ??kami mmg memerlukan pakcik ngan makcik.Sebagai penutup, ana ingin ambil kesempatan ni utk mohon maaf dari semua dan selamat menjalani ibadah puasa yang bakal menjelma bbrapa hari lagi. Seronok gak kalu kita dapat wat countdown kat IPT2 tentang kehadiran Ramadhan ni(^^,). Lil book, edarkan risalah 2 ramadhan atau wat poster2 ringkas then gantung di sepanjang cafĂ© ke , corridor dorm ke. (cdgn je…).. Terlebih bercerita pula…undur diri dl…Ilal liqa' wa maas salamah.

Assalamualaikum wbt...
k.mas
AJK Publisiti Sambuatan Rmadhan Al Mubarak 1429H


No comments: