Assalamualaikum. .
K-UiTM Shah Alam baru-baru, 14 Ogos 2008 ini telah membuat satu lagi majlis ilmu(, Program Kuliah Umum (PKU).
Program yang dirancang bermula pada 830 malam, telah ditunda sedikit. Ini kerana penceramah ingin menunaikan solat Isya' dahulu bersama-sama dengan para pendengar. Seusai solat Isya', dalam 900 malam, kami bergerak ke Dewan Seminar. Gitu-gini, 915 malam program kami bermula. Di pengerusikan oleh akhi Fadzil, beliau menceritakan biodata ringkas penceramah.
Kuliah yang diberi tajuk 'Jom Berubah' menfokus kepada faktor-faktor pemangkin untuk menjadi seorang muslim yang baik, serta anasir-anasir buruk yang membantutkan usaha murni untuk berubah. Beliau juga turut menceritakan pengalaman beliau lari dari program(menyorok belakang pintu)yang sebelum ini pernah mengikuti persediaan di INTEC Shah Alam ke USA. Ceramah beliau yang diselitkan dengan unsur-unsur lawak membuatkan para pendengar tidak bosan dan tidak begitu mengantuk mengikuti ceramah beliau.
Kehadiran peserta yang berlatar belakangkan pelbagai peringkat umur serta variasi kos pengajian menjadikan program bertambah meriah. Peserta berjumlah 54 orang(ikhwah 16, akhawat 38) rata-ratanya mad'u baru untuk semester ini.
PKU diakhiri dengan tayangan video program SAMPEL 08 K-UiTM baru-baru ini. Peserta kemudiannya dihidangkan dengan sedikit kuih(muffin) dan juga minuman(mula- mula semua malu nak bangun). Program berakhir pada 1030 malam. Terdapat beberapa akhawat yang berjumpa dgn penceramah selepas itu untuk bertanyakan soalan dan pendapat beliau. Keseluruhan program berjalan dengan lancar, Alhamdulillah dipanjatkan kpd Allah atas segala kemudahan yang diberikan walaupun semua perancangan serta kerahan tenaga dibuat pada saat akhir(beberapa hari sebelum PKU).
Antara perkara berfaedah yang diambil dari PKU :
1-Baca Al-Quran di waktu pagi bagi memudahkan ia meresap ke dalam hati.
2-Jangan mudah menilai orang, kerana satu hari dia juga bole jadi lebih baik dari kita.
3-Kebanyakkan manusia tidak berubah kerana tidak tahu, bukan kerana xnak, jadi
disini para dai'e haruslah memainkan peranan untuk menerangkan dulu, bukan terus
menyuruh atau menuduh sesuatu yang tidak elok.
4 -Jangan takut untuk berubah, jangan fikir persepsi serta kritikan orang kpd kita.
5 -ketahuilah sahabatku bahwa Allah itu lebih dekat dengan kita dari urat di leher
kita. Jadi, janganlah 'menjauhkan' Allah dari kita.
6-Berwaspadalah dengan golongan munafik, kafirin, dan juga syaitan, serta paling
penting, mintalah dari Allah perlindungan dari hawa nafsu kita sendiri.
Sedikit sebanyak yang dapat ana kongsi bersama, moga menjadi peringatan (kepada diri sendiri terutamanya) serta pemangkin kepada kita semua untuk memperbaiki diri dan berfikir ke arah pelaksanaan Islam di muka bumi ini Insya Allah.
Mohd Zakaria Bin Mohd Sahar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment