Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Powered by Blogger

Wednesday, February 3, 2010

Nasi Lemak Kopi 'O'


Bismillahirahmanirahim..


Alhamdulillah, kami akhawat puncak alam telah menjayakan program sambutan pelajar akhawat uitm puncak alam. Program ini diberi nama Nasi Lemak Kopi 'O' (ada yang tanya, jemput TV 9 ke..hehe)..Sedikit perkongsian dari keluarga kecil kami di sini:


Tarikh : 8 Safar 1431 @ 24 Januari 2010
Tempat : Taman Bandar Baru Setia Alam
Peserta : 32 orang peserta dan makcik-makcik JIM Klang

Tentatif program :
8 am - 9 am : ketibaan di Setia Alam
9 am - 930 am : pembukaan n warm up session
930 am - 10 am : Nasi Lemak, Kopi 'O'

10 am - 1030 am : pengisian
1030 am - 1115 am: Taaruf game
1115 am - 1140 am: resolusi dan bersurai


Alhamdulillah... Program telah berjalan dengan lancar...

Akhawat dari puncak alam bertolak dengan menaiki bas rapid KL sehingga ke bus stand depan TESCO Setia Alam dan disambut mesra oleh JIM Klang. Then, kami bergerak ke Taman Rekreasi Bandar Baru Setia Alam. Kebetulan pada pagi yang sama tu, JIM Klang memang ada program riadah keluarga. So, pagi tu ramai la makcik dan pakcik yang join kami sekali.



Akhawat2 yang ceria


Pagi itu, kami mulakan sesi dengan umul furqan..Sedikit ucapan dan kata2 aluan disampaikan oleh ameerah karisma puncak alam.




tu dia ameerah kami..=)


WARM UP n AEROBIC session telah di"conduct" oleh 2 org akhawat physiotherapy (utilization of available professionals..hehe:p).. sangat menarik WARM UP n AEROBIC session yg selama 30 minit tu (sesiapa yg rase die terlalu penat lepas buat WARM UP n AEROBIC tu, sila byk2kn riadah lepas ni ya:p)...



"ok..kita mulakan aerobic kita..semangat semua!!"



lari2, kita lari..badan sihat, otak cergas..


after AEROBIC, kami makan "brunch" sama2 dlm satu bulatan yg besar.. (seronok dpt tengok wajah2 akhawat yg sgt tekun makan masa tu).. Dpt makan macam2 makanan..Nasi Lemak menjadi menu utama..tapi Kopi 'O' nya takde..ada orange tea..hehe (kena tukar jadi Nasi Lemak Orange Tea..^^, )



After that, kami disajikan dengan pengisian dari Ustazah Marhamah tentang TIP-TIP CEMERLANG DARI AL-QUR'AN..(ada dikongsikan dalam notes yg lain)... Alhamdulillah... pengisian yg sangat manthop dan penuh makna, even ringkas (sebab mase mencemburui kami..huhu)..




tazkirah ringkas oleh ustazah Marhamah



khusyuk mendengar tazkirah yang diberikan..


Selepas tu, kami teruskan dengan ta'aruf game...Firstly, kami main game "PANTUNKAH??" in which semua org perlu berpantun untuk memperkenalkn nama dn identiti masing2.. COntoh : "Nama saya Echot, saya tidak boleh lari pecut, sebab kasut sukan saya selalu terlucut, jadi awak jangan terkejut!" hehhe:p contoh je la ni... so, dlm game ni, everybody baru la terfikir perkataan ape yg seswai untuk diri masing2... (selain perkenalkn diri pada org lain, perkenalkn diri pda diri sendiri jugak)...




sedang mencari ilham.."nak buat ape ni...susahnya..huhu"



pemantun terbaik kita..=)


lepas tu, kami main game "PUSARAN GRAVITI KASIH SAYANG"... Semua yg terlibat dibahagikan kepada kumpulan2 kecil (1 group : 5/6 org).. sorang akn berada di tengah, dan yg lain akan sambut peserta yg ada di tengah tu, and passed her around sebanyak 2 pusingan.. setiap kali peserta yg ditengah disambut, namanya akan disebut dan peserta yg ditengah perlu membalas dengan mengucapkan "terima kasih kerana menyambut saya". dlm game ni, kite boleh tengok sejauh mana kepercayaan terhadap sahabat dlm diri akhwat yg hadir, juga melahirkan rasa berterima kasih kepada sahabat yang sungguh2 membantu untuk menyambut agar sahabatnya tidak jatuh. Itulah nilai ukhuwwah dengan penuh rasa kasih sayang dan tanggungjawab.




"terima kasih kerana menyambut saya..sayang kalian"



after 2 game tu, kami terpaksa end-up sebab ade beberapa masalah teknikal yg dragged masa kami initially..so, by 1230pm, kami pn bergerak pulang ke Puncak Alam dengan dihantar oleh Makcik-makcik JIM Klang... alhamdulillah :)




makcik2 yang banyak membantu kami..TQ


Jazakumullah Khairan diucapkan kepada barisan Tanzim Akhawat K. UiTM Puncak Alam yg dah bertungkus lumus untuk program ni, dan jugak untuk JIM Klang yang sangat supportive... Jasa antum hanya ALLAH sahaja yg boleh membalasnya:)





Moga ukhuwwah ini berkekalan hingga akhirnya..Ameen


Disediakan oleh:
Siti Aisyah Rozalli
JK Program Nasi Lemak Kopi 'O'




No comments: