Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Powered by Blogger

Thursday, February 18, 2010

Ziarah Mahabbah KDP dan Akhawat Puncak Perdana


10.30 pagi.
Ketibaan akhawat Puncak Perdana dan Karisma Daerah Petaling.

10.35 pagi.
Majlis bermula dengan bacaan doa oleh ikhwah dan tazkirah ringkas oleh ameerah KDP, Masdiana Abdul Samad. Sessi diteruskan lagi dengan taaruf ringkas ahli KDP yang hadir dan posisi mereka di tanzim dan taaruf akhawat Puncak Perdana dan posisi mereka di tanzim KPP. Akhuna Zakaria menerangkan tentang struktur Karisma di dalam JIM, dan matlamat FIDAK 2015 secara terperinci. Beliau juga menerangkan tentang strategic planning Karisma dalam mencapai matlamat FIDAK, strategic initiative, dan personal objectives.
Akh Zakaria beri penerangan

Pembentangan dari KDP diteruskan oleh Ukht Azreen Abdul Aziz. Beliau menerangkan secara terperinci berkenaan Majlis Nuqaba’ Karisma Daerah (MNKD) yang juga berkaitan dengan Majlis Nuqaba’ Karisma Ipt(MNKI). MNKI merupakan perbincangan atau liqo’ antara nuqaba’ bersama mas’ulah Ipt, tanzim Ipt, wakil Ipt, ameerah atau PIC Ipt dan Jk TPSM Ipt. Liqo’ ini hendaklah dijalankan secara berasingan antara ikhwah dan akhawat supaya liqo’ dapat dijalankan secara terperinci berkenaan hal-hal peribadi dan sensitif. MNKI dijalankan sekurang-kurangnya dua kali pada setiap semester sebelum MNKD bermula supaya hasil daripada liqo’ MNKD dapat dibentangkan semasa MNKD. Medan perincian MNKI adalah lebih kepada medan perincian di lokaliti. Nuqaba’ akan membincangkan pembahagian dan pertukaran usrah pada awal semester. Pada MNKI juga, nuqaba’ akan membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh nuqaba’ dan membantu untuk mencari penyelesaian.

MNKD dihadiri oleh wakil PIC atau ameer dan ameerah lokaliti, mas’ulah daerah, tanzim daerah, wakil Jim Ipt dan ameer dan ameerah daerah. Aspek perbincangan MNKD lebih kepada fokus daripada hasil liqo’ MNKI, bilangan ahli, bilangan nuqaba’ dan co-nuqaba’, prestasi akademik, mutabaah amal, tahap modul, pengurusan, mutabaah amal, dan latihan nuqaba’.

11.30 pagi.
Aturcara diteruskan lagi dengan laporan pembentangan daripada KPP kepada KDP. Laporan pembentangan dimulakan daripada Ukht Nurulhidayu yang merangkap sebagai PIC akhawat di Puncak Perdana. Beliau telah membentang struktur kecil tanzim yang telah diwujudkan di lokaliti.

Pihak K-PP juga mempunyai 2 orang mantan PIC yang merupakan penasihat dalam merancang program di lokaliti. Perbincangan mingguan bersama mantan, nuqaba, tanzim k-pp diadakan pada setiap Khamis 9-12pm di Puncak. Setiap perjumpaan akan membincangkan permasalahan, penyelesaian dan agenda yang bakal dijalankan di lokaliti dan juga strategic planning dakwah di Puncak Perdana dengan wadah yang bersesuaian.
Antara beberapa usul yang telah dicadangkan:
Mini sampel akhawat (selepas raya cina)
Daurah Taharah
Daurah Solat (secara praktikal, akhawat shj).
Kuliah berkala umum, 1 sem 3 kali (mohon KDP senaraikan ustaz/speaker yang boleh dihubungi, bayaran dan kos apa yang perlu kami biaya).
Khusyuk dengar penerangan dari KDP


KERTAS KERJA JK DANA
Pembentangan diteruskan oleh Ukht NurZafirah tentang kertas kerja jk dana. JK dana telah melantik pembantu, Hanani Abu Bakar bagi melancarkan lagi kerja-kerja dana .

JK dana bersama Akhawat Puncak perdana telah merancang untuk membuat beberapa aktiviti jualan bagi menampung program-program yang akan dijalankan pada masa akan datang .

1-Cadangan jualan:
- Jualan Button Badge
- Jualan kerepek


2-Menyediakan perkhidmatan tempahan makanan seperti:
- Kuih muih
- Bihun Goreng
- Mee Goreng
- Nasi Goreng
- Roti Hotdog
3-Cadangan tempat jualan:
- Koperasi Kolej
- Program-program daurah
- Time kelas
- Membuat jualan di program-program anjuran kolej
4- Perkhidmatan Taharah servis:
- Dari rumah kerumah (ahli JIM)
- 40% daripada hasil kutipan akan dimasukan kedalam tabung dana Puncak Perdana
- Perkhidmatan yang disediakan ialah:
1. Mengemas rumah
2. Membasuh baju (dobi)
3. Pengasuh
4. Berkebun
5. Perkhidmatan tuisyen
*mengikut masa dan kesesuaian akhawat Puncak Perdana .
5- Modal:

- Sumbangan setiap ahli
- Sumbangan Persendirian
- Bantuan kewangan dari KDP

Untuk itu. Kami memohon bantuan daripada lokaliti lain untuk membantu menyebarluaskan perkhidmatan yang telah kami sediakan ini.

JK tpsm k-pp, Ukht Huda menerangkan secara terperinci tentang perancangan yang diadakan di Puncak Perdana. Sessi soal-jawab antara k-pp dan k-dp berlangsung hampir setengah jam sebelum perbincangan tamat.

Perbincangan berakhir jam 1.00 tengah hari

1 comment:

Perindu syahid Ilahi.. said...

salam..

Nice sharing..Jzkk
Erm, boleh remove tak struktur tanzim with the phone number?
If nak letak juga, juz put the name without phone number.
Jzkk =)