Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Powered by Blogger

Thursday, March 19, 2009

PPNK 03



Assalamualaikum..



Pada 7 Mac 2009 yang lepas, Program Pembanggunan Nuqaba Karisma (PPNK 03) telah diadakan buat kali yang ke-3 di daerah Petaling, bertempat di masjid Ubudiyah sek 19 s.alam telah dihadiri seramai 13 ikhwah dan 30 akhawat.Daurah bahan pada kali ini mengupas tafsir surah Al-Alaq dan surah Al-ikhlas yang disampaikan oleh Ust Arif dari KONSIS.


Program bermula agak lewat iaitu pada jam 10 pagi disebabkan ust Arif mempunyai urusan yang tak dapat dielakkan. Disebabkan peserta telah tiba pada jam 9.30 pagi seperti yang dijadualkan, maka akh Farhan telah memberikan sedikit perkongsian tazkirah untuk meraikan peserta yang telah tiba..


Tazkirah didampaikan oleh akh Farhan


Daurah bahan bermula sejurus setelah sarapan pagi. Ketika slot tafsir surah Al-Falaq bermula, perceramah baru mengetahui bahawa kebanyakan peserta ikhwah masih berlum melalui daurah bhn tafsir surah An-Nas, maka terpaksalah program dimulakan dgn penyampaian tafsir Surah An-Nas..Ust Arif telah meminta Zainal(INTEC) dan Hariz(UiTM) utk berkongsi bahan tafsir surah An-Nas yang telah mereka lalui sebelum ini, setelah itu barulah ust arif kongsikan bersama tafsir surah An-Nas bersama sehingga waktu rehat pada jam 1.00 petang


Ust. Arif


Setelah solat zohor, bermulalah penyampaian tafsir surah Al-Falaq. Perkara yang ingin ditekankan dalam surah Al-Falaq adalah Allah memerintahkan manusia untuk memohon pertolongan dan perlindungan daripadaNya. Allah menjelaskan empat jenis kejahatan berlaku adalah datang dari makhluk sama ada yang hidup atau mati, waktu malam yang gelap gelita, tukang sihir dan orang yang hasad.

sesi group discussion


Setelah selesai kupasan tafsir surah Al-falaq, daurah bahan disambung dengan tafsir surah Al-ikhlas. Surah ini lebih menekankan kepada perkara tauhid dan ikhlas hinggakan surah ini dianggap sebagai 1/3 daripada Al-Quran. Ayat yang pertama telah cukup utk menggambarkan keseluruhan surah kerana ayat ini menceritakan tentang keesaan Allah.


Program berakhir pada jam 6.30 ptg dengan harapan semua peserta dapat menyampaikan tafsir surah yang telah dikupas apabila diminta utk disampaikan kpd orang lain.. Akhir kalam, semoga ilmu yg diperolehi dapat dimanfaatkan terutama buat diri sendiri dalam mengukuhkan keimanan kepada Allah dan disampaikan dalam usrah atau halaqah.




Monday, February 16, 2009

Daurah Umum UiTM '09

Daurah yang bertemakan "Membina Ukhuwwah, Menjana Langkah" ini diadakan pada 8 & 9 Februari 2009 bertempat di Masjid 'Ubudiyyah, Seksyen 19, Shah Alam. Seramai 40 peserta menyertai daurah ini yang terdiri dari 15 ikhwah dan 25 akhawat.

Biarkan gambar bercerita...


Ucapan alu-aluan oleh Pengarah Program, Akh Hafizuddin.




Ta'aruf & Ice-Breaking bagi mengeratkan ukhuwah AJK & Peserta.



Slot 1 bertajuk 'Perancangan Kehidupan Dunia & Akhirat' disampaikan oleh En. Hasnol Basri bin Hassan. Beliau membahagikan kehidupan kepada lapan bahagian dalam bentuk oktagon (lapan segi) di mana setiap segi mempunyai ciri tertentu iaitu SERIWAJA. S (Sosial) E (Emosi) R (Rohani) I (Intelektual) W (Wang) A (Alam) J (Jasmani) A (Akhirat) yang mana setiap satu perlu dirancang matlamatnya setiap tahun, 5 tahun, 20 tahun dan seterusnya. Setiap segi diimbas semula setiap tahun yang mana telah tercapai, yang mana belum capai matlamatnya supaya boleh dibaiki dalam perancangan tahun hadapan.



Slot 2 bertajuk 'Effective Time Management' disampaikan oleh En. Awang Armadajaya membincangkan bahawa kita perlu merancang apa yang perlu dibuat sepanjang masa. Tanpa perancangan, kita tidak akan tahu apa yang perlu dibuat dan mengisi masa tersebut dengan perkara-perkara yang kurang penting. Muslim yang cemerlang adalah yang menepati masa kerana bersegera mengerjakan solat fardhu berjamaah apabila masuknya waktu solat.



Sebelah petang pula, urusetia sediakan slot Ukhuwwah Games untuk merapatkan lagi ukhwah sambil bersukan: Baling selipar dan kaki belon.



Pada sebelah malam, Slot 3 bertajuk 'Hakikat Beriman Kepada Allah Dan Rasul' disampaikan oleh En. Mohd Zainuddin Mohd Esin. Beliau menggunakan pendekatan bersahaja sambil memberi contoh mudah serta aplikasi keimanan dalam konteks semasa. Sambil menghuraikan kaitan kalimah syahadah dengan hakikat keimanan, beliau mendedahkan hakikat mukmin sebenar berdasarkan hadith Nabi s.a.w. iaitu: Kezuhudan jiwa, qiyamullail, berpuasa sunat, seolah-olah melihat ‘Arasy Allah, saling ziarah dan seolah-olah melihat ahli neraka berteriakan (di dunia). Cenderamata disampaikan oleh Akh Aminuddin.



Lepas solat Subuh pagi Isnin tu, semua peserta & AJK ke padang untuk senaman pagi.
Para mujahid & mujahidah bersedia ke medan 'perang' sedangkan manusia lain sedang nyenyak tidur pada hari cuti.



Slot 4 bertajuk 'Membina Insan Cemerlang' disampaikan oleh En. Roslan Mohamad. Elemen-elemen penting manusia iaitu jasad, roh dan akal dihuraikan satu persatu fungsinya dan kaitannya dengan iman dan ketauhidan kepada Allah s.w.t. bagi mencetuskan rasa tahu, mampu dan mahu berperanan sebagai insan yang cemerlang serta mencapai redha Allah s.w.t. di dunia dan akhirat. Jasad, roh dan akal perlu seimbang supaya manusia dapat membuat pertimbangan yang betul dalam membezakan kebaikan dan keburukan berdasarkan pertimbangan Al-Qur'an dan As-Sunnah.



Slot 5 bertajuk 'Fikrah Islam Dominan di Alam Kampus' disampaikan oleh Sdri. Khadijah binti Azman dari Karisma Nasional. Beliau mengupas peranan-peranan mahasiswa dalam menyebarkan dakwah di alam kampus supaya fikrah Islam mendominasi pandangan mahasiswa dalam pelbagai sudut.



Tengaharinya, latihan dalam kumpulan bagi membincangkan resolusi dan manfaat dalam setiap slot yang telah diadakan. Setiap kumpulan membentangkan resolusi masing-masing sebelum menutup tirai Daurah Umum UiTM '09... Jumpa lagi!!!


Wan Abdul Malek Wan Sulaiman
Setiausaha
Daurah Umum UiTM '09


Sunday, January 25, 2009

Sambutan Pelajar UiTM Shah Alam

11 Januari 2009
Taman Awam Seksyen 10








Ikut kata coach, 
jangan lawan..









Tangan ke tepi ke, ke belakang?
Konfius aku. Import mana coach ni...?












Tazkirah sambil bertapa di taman...
Tajuk: Ukhuwwah Islamiyyah.









Pakai baju dengan sebelah tangan.
Syukuri nikmat tangan.












Taklimat sebelum jet berlepas.










Dah mendarat jet...
Jangan pilih jet sendiri.







Tengok muka sapa dalam jet tu.
Duduk sebelah dia.
Apa lagi, taaruf la...











Acara mengenali pemilik jet.










Dengar betul-betul arahan seterusnya.









"Posing" baik sebelum pecahkan "belon boikot".
Ada potensi untuk dihantar ke Gaza.








"Kita ganti KFC dengan membeli ayam 
goreng kat pasar malam. 
Murah pun murah. Sedap pun sedap."








Banyak alternatif untuk menggantikan
barangan harian dan produk-produk 
Amerika yang lain.



Saturday, January 24, 2009

Sambutan Pelajar UiTM Puncak Perdana

4 Januari 2009
Surau & Padang Taman Puncak Perdana








Taaruf










Taaruf













Tazkirah Akhi Baithori












Tazkirah Pak Cik Roslan.
Gaya seorang pemidato...










Khusyuk mendengar tazkirah










Aksi dragon ball - bergabung tenaga









Gaya bersopan santun mempamerkan 
kasut lain sebelah...









Bawa straw atas jari
secara berkumpulan










Susun bagi panjang








Tiup.. jangan tak tiup. 
Cari nota kata-kata hikmah.
Susun jadi ayat yang betul.








Tepung pun tepung lah... 
Janji muka jadi opera Cina.










Yang baju oren tu apa cerita?
Cepatnya beruban...









Yang tengah tu bukan tiup tepung.
Tu makan tepung tu...










Aksi "robotik" daripada Zulhilmi.
Cuba teka apa benda?
Bunyinya: Uuuuuuuk..... Uuuuuuuuuk........... 
Aksi ni paling payah nak teka...










Resolusi










Makan tengahari










Makan tengahari



  Bergambar kenangan sebelum pulang


Demonstrasi & Dana Palestin UiTM

9 Januari 2009
Setelah Solat Jumaat &
Solat Hajat Untuk Palestin







Pelancaran Dana Palestin oleh Pak Lah 
di Pusat Islam







Penyerahan memorandum kepada Pak Lah
oleh Akh Wan Abd Malek & Akh Hafizuddin








Pak Lah baca isi memorandum sambil diperhatikan oleh Naib Canselor dan 
Ahli Lembaga UiTM








Ucapan bersemangat oleh Akh Zulhilmi
memecah keheningan









Banner-banner di sekitar demonstrasi








Ucapan Datuk Idris Harun, Timb. Menteri
Pengajian Tinggi menambah lagi semangat pelajar









Sekitar kawasan demonstrasi... Allahu Akbar!










Antara poster demonstrasi










Akhawat tidak ketinggalan untuk berdemonstrasi