Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Powered by Blogger

Tuesday, August 26, 2008

Coretan program Sambutan Ramadhan 1429 H

Jam menunjukkan 9.30 pagi. Tapi suasana kat surau At-Taqwa sunyi sepi je. Ada sedikit kerisauan. Erm.. adik2 ni datang ke tak?Jumpa jalan tak? Macam 2 soalan bermain kat kepala.Yelah, walaupun IPT sekitar Shah Alam je ( lelebih lg UNISEL dan UiTM), tapi lokasi program hari ni agak tersorok kerana dalam kawasan perumahan.

AlhamduliLLAH , kerisauan tadi tak bertapak lama krn tepat 9.45 pg, bas yang membawa adik2 JAD sampai. Di ikuti dengan sahabat2 lain dari UiTM, UNISEL, POLI, INTEC. Bersama turun padang, sahabat2 dari JIM BELIA & REMAJA. Setelah di analisis borang kehadiran, seramai 165 peserta telah menjayakan program ini. Iaitu dari IPT sendiri seramai 153 orang dan dari JIM BELIA & REMAJA , seramai 12 orang. Dari segi bilangan ikhwah/ akhwat bleh dikatakan balance kerana jumlh ikhwah adalah seramai 83 orang dan akhwat seramai 82 orang. Tanpa berlengah lagi, Akh Khairul as pengerusi majlis pun memulakan dengan bacaan Al-Fatihah lalu menjemput Pakcik Hisham selaku pengerusi JIM IPT Petaling utk memberikan sepatah dua kata. Di teruskan pula dengan ucapan Akh Khairul Fadhli iaitu Ameer Karisma Daerah Petaling . Sedikit pengenalan di berikan mengenai program yang menyentuh tentang objektif program.

Jam 10.30 pagi, mikrofon bertukar tangan. Penyampai seterusnya memang tak asing lg di kalangan Ikhwah akhawat Petaling. Siapa lg kalu bukan Pakcik LAN. Pakcik telah menyampaikan ceramah mengenai ramadhan bersesuaian ngan tema program iaitu "RAMADHAN YANG KU RINDUI". Tak cukup dengan tu, nak tabik spring kat pakcik krn pakcik siap sediakan slideshow berkaitan tajuk ceramah yg di sampaikan. Di kongsikan bersama slideshow yang pakcik buat sebagai renungan kita bersama.

Habis je ceramah, sume ikhwah akhwat bergegas ambil wudhu'utk solat sunat Dhuha & Taubat. Suasana time tu hening sekali kerana hujan. Moga Allah mengabulkan doa2 hamba Mu ini. Zikir Asmaul Husna di lafazkan di ikuti dengan nasyid My Ummah nyanyian Sami Yusuf dan Harapan Ramadhan dr Man bai. Nasyid My Ummah tu berentak slow, jadi antara dengar tak dengar je suara ikhwah akhawat kita. Jika benar2 di hayati bait2 lirik nasyid tu..terselit rasa syahdu n pengharapan. dan sebenarnya kesedaran tentang amanah yg sangat besar yang kita semua galasi di bahu.. Baru sedar, nape pakcik nak masukkan lagu tu…













Majlis diteruskan dengan sesi ramah mesra. Ta'aruf ringkas… Masuk je waktu, ikwah/akhwat menunaikan solat zuhur berjemaah. Makan time…(^^,) AlhamduliLLAH, makan di biayai oleh JIM Petaling. Syukran jazilan.. pakcik/makcik. . Slot makan2 ni merupakan penutup bagi majlis sambutan ramadhan kali ni. Suasana hujan renyai2 pada petang tu seakan merestui perpisahan antara kami semua.. Walaupun ditimpa titisan hujan..basah (sunnatullah) , tapi sahabat2 sume tetap tegar especially yang akhwat. Nak tau nape??? Dalam hujan tu mereka tetap melangkah dengan semangatnye beserta payung di tangan berjalan ke bus stop berdekatan. Semua pun nak balik kampus utk prsediaan diri kerana ada je yang baru balik dari bercuti. Afwan katheera kerana tak dapat menghantar ntum. .InsyaAllah, da rezki berjumpa lg. Kita jumpa next program KDP ye…n Jazakumullah pada semua yg telah membantu, berhempas pulas tenaga, fikiran, wang ringgit. Moga semua usaha ntum itu di ganjari oleh Allah SWT. Ameen.












Khusus buat pakcik makcik...terima kasih yang tidak terhingga ana ucapkan. Ana mohon maaf atas segala kekurangan especially kelalaian ana krn tak betulkan lirik HARAPAN RAMADHAN oleh Man Bai walaupun pakcik dah ingatkan. Afwan katheera. Moga pakcik dan makcik terus tabah mendidik dan memberi tunjuk ajar kpada kami..Teringat masa KTKN ..(second program bersama sahabat tercinta..) acapkali dgr org sebut.."hamasatusyabab wahikmatusyuyukh ( Memahami manhaj kaderisasi dan dinamika gabungan semangat pemuda dan hikmah syuyukh utk merungkai permasalahan tarbiyyah)'' . kesimpulannya? ??kami mmg memerlukan pakcik ngan makcik.Sebagai penutup, ana ingin ambil kesempatan ni utk mohon maaf dari semua dan selamat menjalani ibadah puasa yang bakal menjelma bbrapa hari lagi. Seronok gak kalu kita dapat wat countdown kat IPT2 tentang kehadiran Ramadhan ni(^^,). Lil book, edarkan risalah 2 ramadhan atau wat poster2 ringkas then gantung di sepanjang café ke , corridor dorm ke. (cdgn je…).. Terlebih bercerita pula…undur diri dl…Ilal liqa' wa maas salamah.

Assalamualaikum wbt...
k.mas
AJK Publisiti Sambuatan Rmadhan Al Mubarak 1429H


Friday, August 15, 2008

Program Kuliah Umum (PKU)

Assalamualaikum. .

K-UiTM Shah Alam baru-baru, 14 Ogos 2008 ini telah membuat satu lagi majlis ilmu(, Program Kuliah Umum (PKU).

Program yang dirancang bermula pada 830 malam, telah ditunda sedikit. Ini kerana penceramah ingin menunaikan solat Isya' dahulu bersama-sama dengan para pendengar. Seusai solat Isya', dalam 900 malam, kami bergerak ke Dewan Seminar. Gitu-gini, 915 malam program kami bermula. Di pengerusikan oleh akhi Fadzil, beliau menceritakan biodata ringkas penceramah.

Kuliah yang diberi tajuk 'Jom Berubah' menfokus kepada faktor-faktor pemangkin untuk menjadi seorang muslim yang baik, serta anasir-anasir buruk yang membantutkan usaha murni untuk berubah. Beliau juga turut menceritakan pengalaman beliau lari dari program(menyorok belakang pintu)yang sebelum ini pernah mengikuti persediaan di INTEC Shah Alam ke USA. Ceramah beliau yang diselitkan dengan unsur-unsur lawak membuatkan para pendengar tidak bosan dan tidak begitu mengantuk mengikuti ceramah beliau.

Kehadiran peserta yang berlatar belakangkan pelbagai peringkat umur serta variasi kos pengajian menjadikan program bertambah meriah. Peserta berjumlah 54 orang(ikhwah 16, akhawat 38) rata-ratanya mad'u baru untuk semester ini.

PKU diakhiri dengan tayangan video program SAMPEL 08 K-UiTM baru-baru ini. Peserta kemudiannya dihidangkan dengan sedikit kuih(muffin) dan juga minuman(mula- mula semua malu nak bangun). Program berakhir pada 1030 malam. Terdapat beberapa akhawat yang berjumpa dgn penceramah selepas itu untuk bertanyakan soalan dan pendapat beliau. Keseluruhan program berjalan dengan lancar, Alhamdulillah dipanjatkan kpd Allah atas segala kemudahan yang diberikan walaupun semua perancangan serta kerahan tenaga dibuat pada saat akhir(beberapa hari sebelum PKU).

Antara perkara berfaedah yang diambil dari PKU :
1-Baca Al-Quran di waktu pagi bagi memudahkan ia meresap ke dalam hati.
2-Jangan mudah menilai orang, kerana satu hari dia juga bole jadi lebih baik dari kita.
3-Kebanyakkan manusia tidak berubah kerana tidak tahu, bukan kerana xnak, jadi
disini para dai'e haruslah memainkan peranan untuk menerangkan dulu, bukan terus
menyuruh atau menuduh sesuatu yang tidak elok.
4 -Jangan takut untuk berubah, jangan fikir persepsi serta kritikan orang kpd kita.
5 -ketahuilah sahabatku bahwa Allah itu lebih dekat dengan kita dari urat di leher
kita. Jadi, janganlah 'menjauhkan' Allah dari kita.
6-Berwaspadalah dengan golongan munafik, kafirin, dan juga syaitan, serta paling
penting, mintalah dari Allah perlindungan dari hawa nafsu kita sendiri.

Sedikit sebanyak yang dapat ana kongsi bersama, moga menjadi peringatan (kepada diri sendiri terutamanya) serta pemangkin kepada kita semua untuk memperbaiki diri dan berfikir ke arah pelaksanaan Islam di muka bumi ini Insya Allah.


Mohd Zakaria Bin Mohd Sahar

Monday, July 21, 2008

PROGRAM SAMBUTAN PELAJAR UITM


PerTaNDiNgaN MaSaK.......

Assalamualaikum wbt..

Sahabat seperjuangan sekalian…


Alhamdulillah, 13 julai 2008 lalu telah selamat berlangsung program Sambutan Pelajar Baru (SAMPEL) UiTM Shah Alam. Golongan sasaran adalah adik2 yang baru sahaja 2minggu menjejakkan kaki di bumi Shah Alam ini. Program diadakan di Taman Mahkamah / Taman Kelahiran Shah Alam bermula jam 8.30pg dengan sesi pendaftaran. Alhamdulillah, sambutan sangat2 menggalakkan dan berada di luar jangkaan. Sambil menikmati juadah sarapan pagi, fasi2 sibuk mengedarkan borang kajiselidik bagi mengetahui tahap pendedahan adik2 baru ini terhadap usrah dan aktiviti2 keagamaan.

Sesi taaruf oleh akh Siddiq dan akh Farhan berjaya memecahkan tembok ais di antara para peserta dan juga JK yang terlibat. JK dikehendaki turut menjadi peserta menyertai permainan bersama adik2 baru dalam kumpulan bagi menjadi SB memerhati serta mencungkil potensi2 yang ada dalam diri mereka. Method ini amat berkesan kerana secara tidak langsung kita dapat mengenali dan mengetahui tingkah laku serta perwatakan sebenar mad'u2 baru ini dengan lebih rapat lagi dalam suasana santai tanpa terikat dengan suasana usrah yang kadang kala terlalu `skema' sehingga mereka berperwatakan berbeza daripada diri mereka yang sebenarnya. Suasana yang pada mulanya sunyi sepi bertukar menjadi riuh rendah apabila sesi ice breaking dimulakan. Para peserta diminta mengklasifikasikan diri masing-masing mengikut group yang telah ditetapkan samada dalam grup rajin, hensem/cantik, semangat kental, ataupun grup blurr… Setelah peserta berada dalam grup msg2, mereka diminta utk menerangkan kepada kumpulan lain mengapa mereka memilih utk berada dlm kumpulan tersebut. Pelbagai point yang cukup mantap dilontarkan dr wakil setiap kumpulan bagi mengukuhkan lagi hujah mengapa mereka merasakan mereka layak utk berada dlm kumpulan kriteria2 tersebut.

Lebih kurang jam 9.45pg, Pakcik Roslan (mas'ul kami) telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan sedikit tazkirah yang ringkas tetapi cukup bermakna. Dalam ucapannya, pakcik amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran adik-adik baru ke program ini khususnya dan ke bumi Shah Alam umumnya. Pakcik mengingatkan bahawa gejala sosial sedang merebak dikalangan anak-anak muda dan menasihati adik-adik semua supaya bijak meletakkan diri ditempat yang betul dan mencari rakan-rakan yang dapat membimbing diri ke jalanNYA...

Selepas itu, adik-adik dipecahkan kepada 10 kumpulan dimana setiap kumpulan dibahagikan pula kepada 2 grup kecil iaitu grup kreatif dan grup fizikal. Adik2 ni tak tau lagi sebenarnya apa game yg diorang kena buat lepas ni. Muka masing2 confiden aje..Lepas Ukht Farrah kasi briefing kat diorang, ade juga yg terjerit sebab terkejut bila dapat tau lps ni diorang kena masak..hehe. ." Ahli2 kumpulan grup kreatif harus membuat kuih onde-onde dimana bahan2nya telah disediakan oleh fasilitator. Walaubagaimanapun, fuel bagi m'hidupkan bahan bakar telah disorokkan disekitar kawasan taman. Oleh itu, grup fizikal harus melalui beberapa halangan dan check point explorace bagi mendapatkan fuel tersebut. Ternyata para peserta cukup bersemangat utk menghabis acara ini. Sepanjang sesi `menguli tepung' berlangsung, faktor kebersihan cukup dititik beratkan dimana kebersihan setiap kumpulan dipantau dari semasa ke semasa. Memang agak menggelikan hati apabila melihat ada yang di antara mereka yang buat pertama kali menguli tepung dan masih terpinga2 bagaimana untuk memulakan step membuat onde2..hehe…

Setelah lebih kurang 1jam berlalu, onde2 yg dinanti2kan dari setiap kumpulan pun diadili oleh juri2 profesional…( pakcik Lan & makcik Min). Adik2 ikhwah akhwat kita mmg kreatif2 belaka. Ade onde2 yg beso kecik beso kecik, onde2 lipan, onde2 cicah gula & ade juga onde2 kesihatan khas utk pesakit diabetic (act onde2 yg lupe nak letak inti gula..hehe... Berkerut2 muka ahli panel kita merasa masakan chef2 bakat terpendam nie..Cyan mereka…

Lebih kurang jam 1ptg, para peserta dibenar menikmati hidangan tengahari dan Makcik Min diberikan penghormatan utk menyampaikan hadiah kepada kumpulan yang berjaya dan memberikan sedikit amanat dan kata2 nasihat kepada para peserta. Majlis bersurai lebih kurang jam 2ptg.

Diharap program santai seperti ini dapat diteruskan pada semester2 yang akan datang untuk meraih mad'u2 baru bagi meneruskan kesinambungan dakwah di alam kampus…Moga Allah memandang usaha yang tidak seberapa ini dengan pandangan kasih sayangNya…

Wallahualam…

Disediakan oleh,

siti fatimah mohd hadhari










Wednesday, July 2, 2008

Sambungan Muhkrin Hari Ketiga

Hari Ketiga

Pagi nih..qiamulai nafsi2…all people still tired because of night walk.Tapi itu bukan alasan yg dapt diterima.So when subuh stat baru semakin ramai manusia berduyung2 datang.Baca mathurat and sedikit tazkirah by Faiz from intec about Tarbiyyah Zatiyyah.Habih je makan ngan mandi slot pagi stat with Jungle trekking.Ingat kan dah habih jelajah rupe xhabih lagi.At this time the challenge is not big but this travel take many energy so that we feel tired fastly.Jalan yang kami lalui juga terlalu panjang if compared with night walk.Allhamdullillah perjalanan kami berbaloi kerana kami terjumpe sebuah air terjun yang cantik.Sambil2 tuh kami bermain2 jap ngan air terjun yang mmg very cool.Nyaman bangat org kata.Our travel finish at 11pm. After that selepas kami sume sampai ke dorm kami pun make group discussion for sinetron presentaion.Mmg sukar jugak lah nak fikir idea pasal sinetron nih.Dahla tu we must speaking indon…fikir puyer fikir akhirye terpikirla nak wat story about syekih kadir jailani kena robbed by penyamun.Allhamdullillah our acting very successful but ana puyer lakonan pakciklan kata x sesuai la ngan watak penyamun..hehe…mmg la xsesuai pun sebab muka ana xlayak jadi penyamun .Then after all this presentation finish we make the majlis penutup and also majlis penyampaian hadiah kepada pemenang,Markah pemenang dikira from game like telefon buruk ,hafal gambar pastu sketch balik,jungle trekking and presembahan.Alhamdullillah group ana berjaya menjadi naib johan keseluruhan.Tahniah diucapkan kepada group ana yg mmg mantap.Sume ahli kumpulan give the good cooperation during this program.After that kami sume bersurai dan bersedia untuk pulang.Slepas makan and solat zohor kami pun bertolak pulang ke Shah Alam dalam pukul 3ptg.Hope all this enjoyable experience we can repeat again at next time.Rindu kat antum sume…thank my friends. May God bless you.

Monday, June 30, 2008

Muhkrin 2008

Alhamdullillah baru2 KDP berjaya gak buat Muhkrin kali.Lama gak ana tunggu punya tunggu bila nak buat muhkrin nih.Bas yang ana naiki mula bergerak pukul 4 ptg.Masa dalam bas.baru je ana nak lelapkan mata tetiba jer pakcik hafizzudin minta duit yuran ngan ana.Terpaksala ana bayar dgn ikhlas hati.(padahal mmg kena bayar pun).Sampai kat ICR ternampak ajk penempatan seperti Saad ngan Aidil berkeliaran kat dewan utama.(maklumlah nak cover baru lepas makan durian).Selepas letak barang sume2..kami stat solat asar lebey kurang pukul 6.Macam biasa lepas maghrib kami baca mahthurat.Lepas solat isyak malam tu slot pertama adalah daripada akh Ammar Zain mengenai amal jamaie.Pengisian beliau sekejap jer.Stat 9.15 habis 10.30mlm..maknayer dalam 1 jam 15minit.Pendekatan yg beliau gunakan kali ni agak berbeza yg mana sume peserta dibahagikan kepada beberapa group. Kemudian setiap group diminta menjawab soalan apa maksud amal jamaie.Bermacam2 jawapan yg diberikan.Ade kata pasukan bola sepak,group pakar bedahla..usrah itu sendiri dan bermacam2 lagi jawapan yg diberikan kadangkala melucukan.Yang penting amal jamaie adalah amal yang diputuskan oleh tanzim berdasaarkan manhaj tertentu utk mencapai matlamat tertentu.Kita boleh amik contoh dalam kisah nabi berkaitan kisah semut dan burung hud.Kemudian bermula LDK pertama ikhwah akhawat diasingkan.Setiap group ikhwah diminta pecahkan belon setiap ahli group len.Memang ganas gak arr game nih…sampai terjatuh gakla.Boleh dikatakan sape nak menang game nih kena kejam byk.So adela sorang peserta tu menang.Kira dia menang pun sebab guna taktik jahat gakler dimana dia alih kan perhatian pandangan peserta lawan tu kemudian ngan selamba jer dia pecahkan belon yang ade kat kaki member tu.Terpinga gak member tu setelah ditipu sedemikian rupa…selepas game yg x adil tu..ade task irasah utk group peserta.Ana group ke-4.Jadi irasahh kami bermula 3.30pagi sampai 4.30pagi.Kami bergilir2 solat tahajud dan berjalan2 sekitar parking,dewan dan dorm.Kemudian selepas irasah kami kejutkan peserta utk qiamullai.


Hari kedua


Selepas solat subuh dan mathurat…kuliah subuh disampaikan oleh akh hafizudin bertajuk “malu”.Time nih ana tertidur minta maaf byk2 sebab penat (jalan kaki dengan abg zul sampai jalan raya besar mase irasah..jalan raya pun nak irasah).Habis mandi ngan makan slot kedua disampaikan Uncle Roslan bertajuk 'Pemimpin Islam, Ikutan Para Du'at'.Dalam ceramah beliau Uncle Roslan menerangkan pemimpin adalah memimpin suatu perkata untuk memperkembangkan lagi matlamat dan dia memperkembangkan lagi organisasinya untuk menyebarkan lagi pada orang lain.(sila betulkan ana) . Slot Ke-2 diikuti oleh LDK 2. Ikhwah hanya sempat bermain game acid river je, kerana ade perkara yg x diingini berlaku. Slot ke-3 sepatutnya disampaikan oleh seorang akh (Akh Dhany xsilap ana sila betulkan ana) Tp disebabkan aral melintang, beliau x dpt hadirkan diri untuk slot berkenaan, oleh sbb itu, pihak pengurusan program mengambil keputusan untuk mengubah jadual program. LDK 3 dianjak ke depan bg m'isi masa kosong dan dijalankan hingga ke Zohor.


Lebih kurang jam 3 ptg, selepas solat zohor dan lunch, slot ke-3 Communication Skills ditukar penceramh sebab akh awang yg sepatutmya hadir xdapat hadir.Tapi xpe kite ade penceramah serba boleh iaitu Uncle Roslan lagi.Beliau seorang yg serba boleh dan slot ni mmg dalam kepakaran beliau.Dalam slot Communication Skills ade tiga unsure yg beliau tekankan iaitu pemancar è message è penerima.Dan biasanya yang mengganggu message dinamakn interference. Aktiviti yang sesuai dibuat selepas Asar ialah outdoor iaitu 'Laluan Berhalangan' yg disediakan oleh ICR .Tapi aktiviti nih x dapat dilakukan sebab laluan terlalu berhalangan sampai membahayakan peserta dan fasi, maka ianya terpaksa ditangguh.Lepas habis je ribut petir,kami meneruskan aktiviti laluan berhalangan (untuk ikhwah je…akhawat tak buat mugkn risau keselamatan)Laluan tu mmg dasat tul…maklumlah tanah basah lepas hujan.Sampai ader jatuh2 sebab tanah licin.Allhamdullah semua berjalan lancer Selepas Isya' ade kuliah Isya'(septtnya wt wkt maghrib, tp sbb akhawat nk makan malam dl, penceramah pn join skali sbb xmkan lg), disampaikan oleh akh Zakaria mengenai 'kepentingan beramal dlm Islam'. Tp yg best nye, wkt kuliah tu, ade pulak tikus hutan ntah dr mana, tiba2 serbu ke kumpulan ikhwah(tikus betina kot), dgn penceramah skali, semua melompat. Kebanyakkan ikhwah wkt tu pakai kain pelikat, so semua jaga2 kain masing2. Ntah mcm mana, tikus tu masuk ke dlam kain seorang ikhwah. Tp ikhwah sorang ni, dgn relaxnya, menangkap tikus tersebut 'bare hand' pastu campak ke luar kain beliau, mencicit la tikus tu lari. peserta yg lain pn mencicit gak melompat..


Dipendekkan cerita program diteruskan lg dgn aktiviti night walk pada jam 1030 mlm.Sebelum tu kami dihidangkan dengan santapan daripada pak ngah sendiri.Mmg teruk gak kami kena malam tu.Lepas tu hight walk diteruskan.Kalu nak citer pengalaman mase night walk tu mmg xabes.Macam2 la berlaku jatuh,seram sejuk, menggigil tangan lecet,sengal kaki,terhantuk kepala,tergelencoh,patah hati pun ade.Habis je aktiviti yg mmenatkan tu.Kami pun zasss tido…Mujur mlm tu ana irasah awal..sebelum tido ana buat persiapan senitron untuk group ana esok...sambungan